Sesi Tanya Pakar bersama Dr Nurul Yaqeen Mohd Esa (Perunding Perubatan Paru-Paru (Respiratori)

Hai ibu yang dikasihi! Hari ini anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai INFLUENZA! Kami pasti anda semua mempunyai pelbagai soalan dan pertanyaan mengenainya memandangkan virus ini sedang merebak dan banyak diperkatakan oleh orang ramai. Dr Nurul Yaqeen ialah Pakar Perunding Perubatan yang akan aktif berinteraksi dengan anda di app. Tanya soalan pada ruangan komen di bawah! Pakar Perunding kami akan menjawab segala persoalan anda pada 10 pagi Jumaat, 24 Januari 2020. Jadi, pastikan anda bertanya apa sahaja soalan yang berkaitan dengan Influenza.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr Nurul Yaqeen Mohd Esa (Perunding Perubatan Paru-Paru (Respiratori)
81 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Salam doc..anak saya batuk (kahak) dan selsema dah lama bermula 4/1 hingga skrg..pernah demam pada 4/1 dalan 24 jam..bagi ubat suhu turun..esknya dah baik..tapi sampai skrg masih batuk dan tak ada demam. Adakah ini kemungkinan influenza atau virus biasa? Influenza biasanya mmg disertakan dgn demam atau ada yang kena influenza tanpa demam? Saya ada bawa anak ke klnik utk checkup..dan doc ckp lung clear..nafas normal..dan dia aktif.. Skrg saya hanya monitor di rumah sahaja. Untuk pengetahuan doc..anak saya kalau batuk mmg lama..dan sebelum ini pernah warded disebabkan oleh batuk (nafas laju)..masa itu doc suspect tibi..tapi semua test dah buat result negative.. Persoalannya..perlu ke saya bawa anak ke hospital untuk rawatan lanjut atau hanya monitor di rumah? Batuk ini ada tanda2 influenza tak?

Baca lagi