Sesi Tanya Pakar bersama Dr Nurul Yaqeen Mohd Esa (Perunding Perubatan Paru-Paru (Respiratori)

Hai ibu yang dikasihi! Hari ini anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai INFLUENZA! Kami pasti anda semua mempunyai pelbagai soalan dan pertanyaan mengenainya memandangkan virus ini sedang merebak dan banyak diperkatakan oleh orang ramai. Dr Nurul Yaqeen ialah Pakar Perunding Perubatan yang akan aktif berinteraksi dengan anda di app. Tanya soalan pada ruangan komen di bawah! Pakar Perunding kami akan menjawab segala persoalan anda pada 10 pagi Jumaat, 24 Januari 2020. Jadi, pastikan anda bertanya apa sahaja soalan yang berkaitan dengan Influenza.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr Nurul Yaqeen Mohd Esa (Perunding Perubatan Paru-Paru (Respiratori)
81 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hello slmt pagi, sa ada demam pd 20hb. 1.20..dlm dua hari jg demam sama selesema dan batuk. Pd hari ke 3 tu sa batuk, hidung tesumbat dng hingus..sampai skrg sa masih selesema dan batuk. Sa x jg jalan2 d tempat yg ramai org mcm shopping mall cuma sa ada pergi klinik kesihatan penampang dan memang banyak ibu2 yang selesema dan batuk masa tu. Mungkin sa tejangkit masa tu.

Baca lagi
6y ago

Nampaknya anda mempunyai tanda-tanda penyakit influenza atau batuk selsema biasa. Sekiranya demam berpanjangan dan tidak sembuh walaupun telah makan ubat demam, tidak boleh makan/minum selama lebih dari sehari, anda perlu ke hospital untuk dimasukkan air melalui drip dan mendapatkan ubat tamiflu