Sesi Tanya Pakar bersama Dr Nurul Yaqeen Mohd Esa (Perunding Perubatan Paru-Paru (Respiratori)

Hai ibu yang dikasihi! Hari ini anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai INFLUENZA! Kami pasti anda semua mempunyai pelbagai soalan dan pertanyaan mengenainya memandangkan virus ini sedang merebak dan banyak diperkatakan oleh orang ramai. Dr Nurul Yaqeen ialah Pakar Perunding Perubatan yang akan aktif berinteraksi dengan anda di app. Tanya soalan pada ruangan komen di bawah! Pakar Perunding kami akan menjawab segala persoalan anda pada 10 pagi Jumaat, 24 Januari 2020. Jadi, pastikan anda bertanya apa sahaja soalan yang berkaitan dengan Influenza.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr Nurul Yaqeen Mohd Esa (Perunding Perubatan Paru-Paru (Respiratori)
81 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Assalam dr..sy dimaklumkan oleh hospital dan klinik kesihatan yg polisi hospital kerajaan sekarang tidak lagi menyedut kahak bayi selepas dilahirkan. Bayi saya dah berumur 6 bulan dan masih lagi berkahak kalau berada dalam suhu yang rendah atau keadaan bersekitaran sejuk. Persoalan saya, sampai bila atau umur berapa biasanya kahak ini akan betul-betul hilang dan adakah kaedah atau rawatan yang sesuai untuk mengeluarkan kahak bayi selain daripada menggunakan neb dan sterimar. Saya ada baca kaedah sonotron. Apa pendapat doctor tentang kaedah tersebut. Adakah bayi yang mempunyai kahak, akan cenderung mempunyai asma, lelah atau resdung? Terima kasih doktor.

Baca lagi
6y ago

Terima kasih atas respon.👍