Sesi Tanya Pakar bersama Dr Nurul Yaqeen Mohd Esa (Perunding Perubatan Paru-Paru (Respiratori)

Hai ibu yang dikasihi! Hari ini anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai INFLUENZA! Kami pasti anda semua mempunyai pelbagai soalan dan pertanyaan mengenainya memandangkan virus ini sedang merebak dan banyak diperkatakan oleh orang ramai. Dr Nurul Yaqeen ialah Pakar Perunding Perubatan yang akan aktif berinteraksi dengan anda di app. Tanya soalan pada ruangan komen di bawah! Pakar Perunding kami akan menjawab segala persoalan anda pada 10 pagi Jumaat, 24 Januari 2020. Jadi, pastikan anda bertanya apa sahaja soalan yang berkaitan dengan Influenza.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr Nurul Yaqeen Mohd Esa (Perunding Perubatan Paru-Paru (Respiratori)
81 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Assalamualaikum doktor..sy nk tnye,vksin pneumococcal yg mne ye sesuai utk ank berumur 2thn 4bln,dn prlu brape dos ye...bolehkh diambil sekali gus dgn vksin influenza atau prlu jarak beberapa mgu/bln..adakh akn ad kesan smpingn utk kedua2 vksin trsebut..trima ksih😊

6y ago

1. Vaksin pneumococcal yg mne ye sesuai utk ank berumur 2thn 4bln = Elok ambil vaksin prevenar 13, hanya perlukan 1 dos sahaja, ia boleh bertahan sehingga usia 65 tahun, selepas 65 tahun, perlu suntikan tambahan untuk booster 2. Bolehkah diambil sekali gus dgn vaksin influenza = Ya. Vaksin pneumococcal boleh diambil sekaligus dengan vaksin influenza, tapi dicucuk di 2 tempat berbeza 3. kesan smpingn utk kedua2 vaksin trsebut = Tiada kesan sampingan. Mungkin boleh mendapat demam dan sedikit sakit di bahagian injection. Tetapi kebiasaannya demam dan sakit itu akan hilang selepas 1-2 hari