Sesi Tanya Pakar bersama Dr Nurul Yaqeen Mohd Esa (Perunding Perubatan Paru-Paru (Respiratori)

Hai ibu yang dikasihi! Hari ini anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai INFLUENZA! Kami pasti anda semua mempunyai pelbagai soalan dan pertanyaan mengenainya memandangkan virus ini sedang merebak dan banyak diperkatakan oleh orang ramai. Dr Nurul Yaqeen ialah Pakar Perunding Perubatan yang akan aktif berinteraksi dengan anda di app. Tanya soalan pada ruangan komen di bawah! Pakar Perunding kami akan menjawab segala persoalan anda pada 10 pagi Jumaat, 24 Januari 2020. Jadi, pastikan anda bertanya apa sahaja soalan yang berkaitan dengan Influenza.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr Nurul Yaqeen Mohd Esa (Perunding Perubatan Paru-Paru (Respiratori)
81 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Salam doc, Saya nak tanya kepada doc anak saya baru masuk 2 bulan semalam dan baru menerima suntikan vaksin yang pertama sebanyak 3 kali. Saya nak tanya kenapa bila dia nak buang besar dia akan meneran dan najisnya berwarna hijau. Saya 80% susu formula dan 20% susu ibu. Saya nak bagi susu badan tetapi dia akan nangis bila saya bagi susu badan dan saya takut dia lapar. Adakah normal untuk seorang bayi untuk meneran tetapi najisnya cair sahaja?

Baca lagi