Sesi Tanya Pakar bersama Dr Nurul Yaqeen Mohd Esa (Perunding Perubatan Paru-Paru (Respiratori)

Hai ibu yang dikasihi! Hari ini anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai INFLUENZA! Kami pasti anda semua mempunyai pelbagai soalan dan pertanyaan mengenainya memandangkan virus ini sedang merebak dan banyak diperkatakan oleh orang ramai. Dr Nurul Yaqeen ialah Pakar Perunding Perubatan yang akan aktif berinteraksi dengan anda di app. Tanya soalan pada ruangan komen di bawah! Pakar Perunding kami akan menjawab segala persoalan anda pada 10 pagi Jumaat, 24 Januari 2020. Jadi, pastikan anda bertanya apa sahaja soalan yang berkaitan dengan Influenza.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr Nurul Yaqeen Mohd Esa (Perunding Perubatan Paru-Paru (Respiratori)
81 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

salam doctor, apakah langkah pencegahan utk mengelak virus influenza bg bayi ketika berada d tempat awam? kita yg dewasa blh mnggunakan mask,baby??sbb baby sy dlm keadaan siht skrg risau bila berada d klinik akn bjngkit dgn org lain yg ad influenza. Apakah yg perlu sy lakukan,menunda tarikh bjmpa doctor?atau pergi shj ? sy harap doc dpt mmbntu. terima kasih #iburisau

Baca lagi
6y ago

Jika bayi anda sihat sahaja, dan kawasan klinik yang berdekatan anda terdapat ramai orang yang dijangkiti influenza, anda boleh menunda appointment klinik bayi anda, sehingga musim influenza semakin beransur surut, iaitu sekitar bulan february dan march. Berbincanglah dengan doktor anda untuk menunda tarikh temujanji klinik anak anda