Sesi Tanya Pakar bersama Dr Nurul Yaqeen Mohd Esa (Perunding Perubatan Paru-Paru (Respiratori)

Hai ibu yang dikasihi! Hari ini anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai INFLUENZA! Kami pasti anda semua mempunyai pelbagai soalan dan pertanyaan mengenainya memandangkan virus ini sedang merebak dan banyak diperkatakan oleh orang ramai. Dr Nurul Yaqeen ialah Pakar Perunding Perubatan yang akan aktif berinteraksi dengan anda di app. Tanya soalan pada ruangan komen di bawah! Pakar Perunding kami akan menjawab segala persoalan anda pada 10 pagi Jumaat, 24 Januari 2020. Jadi, pastikan anda bertanya apa sahaja soalan yang berkaitan dengan Influenza.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr Nurul Yaqeen Mohd Esa (Perunding Perubatan Paru-Paru (Respiratori)
81 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Salam doktor. Berapakah usia bayi yg sesuai utk mngambil vaksin influenza? Melalui bacaan saya, bayi seharusnya 6 bulan keatas utk mngambil vaksin influenza. Jika begitu bagaimana pula bwh 6 bulan? Ada kaitan tak antara vaksin pneumococcal dgn vaksin selesema? T.kasih (bayi 3 bulan)

6y ago

Bayi berumur kurang dari 6 bulan tidak boleh mengambil vaksin kerana tidak ada maklumat atau kajian yang mengatakan ianya selamat untuk bayi berusia kurang dari 6 bulan. Utk bayi berusia kurang dari 6 bulan, hanya perlukan langkah pencegahan dan berjaga-jaga kebersihan, elak tempat awam. Tidak perlu ambil vaksin Vaksin penumococcal diambil untuk mencegah jangkitan kuman di paru-paru yang berpunca dari bakteria penumococcal. Vaksin influenza diambil untuk mencegah jangkitan virus influenza