Sesi Tanya Pakar bersama Dr Nurul Yaqeen Mohd Esa (Perunding Perubatan Paru-Paru (Respiratori)

Hai ibu yang dikasihi! Hari ini anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai INFLUENZA! Kami pasti anda semua mempunyai pelbagai soalan dan pertanyaan mengenainya memandangkan virus ini sedang merebak dan banyak diperkatakan oleh orang ramai. Dr Nurul Yaqeen ialah Pakar Perunding Perubatan yang akan aktif berinteraksi dengan anda di app. Tanya soalan pada ruangan komen di bawah! Pakar Perunding kami akan menjawab segala persoalan anda pada 10 pagi Jumaat, 24 Januari 2020. Jadi, pastikan anda bertanya apa sahaja soalan yang berkaitan dengan Influenza.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr Nurul Yaqeen Mohd Esa (Perunding Perubatan Paru-Paru (Respiratori)
81 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Macama mana nak cakap ye. Ok kita faham kebanyakkan ibu bapa yang bekerja. Jadi mereka xdapat cuti yg lama utk jaga anak yg kurang sihat. Oleh sebab itu mereka hantar juga ke taska walaupun kanak-kanak tersebut masih meleleh hingusnya. So kita sedia maklum mereka memang tak tau nak bersihkan hingus maka lap kat baju atau kesat guna tangan yg kemudian terpaksa berkongsi mainan dengan kanak-kanak sihat yang lain. Secara tak langsung menyebarkan virus flu tu pda anak2 yang lain. Ada ke cara untuk atasi ni?

Baca lagi
6y ago

Setuju sis. Kadang sampai kita geram juga sebab penat kita pastikan kebersihan & kesihatan anak kita. Tapi sbb sorang terjejas da buka peluang utk anak lain turut dijangkiti.