Sesi Tanya Pakar Bersama Khor Mei Mei, Ahli Psikologi Klinikal & Penasihat Kurikulum.

Hai ibu yang dikasihi! Hari ini, anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai Perkembangan Awal Psikologikal Kanak-Kanak & Bayi kepada salah seorang Ahli Psikologi kami. Khor Mei Mei merupakan Ahli Psikologi Klinikal & Penasihat Kurikulum yang akan aktif berinteraksi dengan anda di aplikasi. Tujukan soalan anda kepada Ahli Psikologi kami di ruangan komen di bawah. Pakar kami akan menjawab semua soalan anda pada hari Sabtu 11 April 2020, pada jam 3 hingga 5 petang. Pastikan soalan hanya berkaitan dengan Perkembangan Awal Kanak-Kanak & Bayi . Soalan yang tidak berkenaan akan dibuang dan pertanyaan selepas waktu yang ditetapkan berkemungkinan besar tidak akan dijawab.

Sesi Tanya Pakar Bersama Khor Mei Mei, Ahli Psikologi Klinikal & Penasihat Kurikulum.
58 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Anak saya berusia 13 bulan. Tapi Masih tidak mahu berjalan, hanya duduk dan dlm gaya untuk Cuba berdiri. Dia juga tidak mahu bertepuk tangan. Dari segi pemakanan, Masih perlu disuap dan mahu makanan yg lembut/blend kasar.. Adakah ini normal? Terima Kasih .

5y ago

Hi. Perkembangan anak kamu normal kalau dia boleh berjalan, bertepuk tangan dan makan, cuma tidak mahu. Saya bercadang anda membuat aktiviti2 itu lebih seronok dan bermanfaat bagi anak anda untuk menggalakkan dia melakukan perkara itu lebih banyak lagi. Contohnya puji anak anda semasa dia makan diri sediri.

Hai doktor.. 1.sy nak tnya adakah normal kaki anak sy sentiasa basah..sy tdk pasti sama ada berpeluh atau sbb apa? 2. Mengapakah mata anak sy, kelihatan seperti juling skrg anak sy berumur 4 bulan..adakah jarak sesuatu yg dilihat atau sbb lain?

Hi doc sya nak Tanya anak sya 27hari klu mlm dia selalu bgun since 14hari dia dh suka sgt bgun tgh mlm dia merengek sikit2 tapi Tak nangis kuat sgt tapi dia selalu bgun 2/3jam baru tido even sya susu Kan sama JUGA dia Tak nak tido normal kh???

5y ago

Oh baiklah terima kasih doc

hi doc dan salam sejahtera, anak saya umur 10 bulan tapi dia skrg fasa duduk , kadang with supported n sometime she stable sitting n dia mmg tgh cuba nak berdiri tapi tak boleh, even saya bagi dia berdiri tapi dia tak stable , adakah normal?

5y ago

alright tq doc❤

VIP Member

Hi Dr.. 1) adakah normal bagi bayi yg berusia 3bulan kuat terkejut? Cth situasi bunyi pinggan/org batuk 2) ada kesan sampingan tak jika kerap menukar susu bayi? Cth dalam masa 1 bulan 2x tukar susu, najis bayi normal..

VIP Member

Hai doktor. Saya nak bertanya. Normal ke kalau baby 2 months dia punya kekerapan berak dia makin berkurang. Macam contoh skrg ni dia lepas 2 hari bru harini dia berak. Pastu berak dia agak mcm pekat sikit

Hai doctor..baby saye berumur 4bulan dan doctor diagnoskan benign infantile seizure..adekah seizure itu akn mengganggu perkembangan baby saye pda masa akn dtg?..so far baby takda mslh dgn perkembangan..

5y ago

Hi Mim Ya Mim Ya. Ya, sawan mungkin akan menjejaskan pertumbuhan anak pada masa depan. Tetapi, kesannya berbeza untuk setiap kanak-kanak. Memandangkan doktor tidak bimbang buat masa sekarang, puan juga tidak perlu bimbang lah

Hello doktor,anak saya dah berusia 6 tahun. Ada masalah pada verbal(sebutan) dan tangan tak kuat untuk menulis. Sekiranya ada panduan ataupun kaedah yg boleh di kongsi, saya mohon. Terima kasih.

5y ago

Hi. Adalah dinasihatkan tuk membawa anak anda berjumpa dgn ahli psikologi utk konsultan. Kemudian, akan dinilai sama ada perlu rukuj kepada speech terapi / terapi cara kerja

Hello Ms Khor! Saya ingin bertanya, sekiranya saya mengesan perkembangan anak saya tidak seperti yang sepatutnya, apakah institusi kerajaan/swasta yang boleh membantu saya? Terima kasih!

5y ago

Noted, thanks for your response!

Hi doc, saya nak tanya.. kalau bayi berusia 10bulan boleh ke beri susu formula yang berumur 1 tahun keatas punya. Sekiranya tidak boleh kenapa ya doctor.. Ade kesan sampingan ke...