Sesi Tanya Pakar bersama Breastfeeding Counselor Networking Program

Hai ibu yang dikasihi! Anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai menyusu! Kami pasti anda mempunyai banyak soalan berkaitan dengan menyusu. Breastfeeding Counselor Networking Program (BCNP) adalah jaringan kaunselor yang terlatih dan pakar tentang isu-isu penyusuan. Setiap ibu yang memerlukan bantuan penyusuan atau lawatan kaunselor boleh mendaftar diri di www.permatasusuan.com dan BCNP akan menugaskan kaunselor yang terdekat untuk membantu anda. Tanya soalan di ruangan komen di bawah! Pakar Perunding kami akan menjawab soalan anda pada petang Jumaat, 6 Disember 2019. Jadi, pastikan anda bertanya apa saja soalan berkaitan!

Sesi Tanya Pakar bersama Breastfeeding Counselor Networking Program
41 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hi, baby sy br nk masuk 2 bulan, 54 hari to be exact. Sy nk tanya, kenapa baby masih menangis sewaktu puting susu sudah pun berada dlm mulut? Contoh, sewaktu menyusukan baby, akan ada ketika baby sy menangis dan menolak puting keluar walaupun br 10-20 minit menyusu. Setelah bg dia masa utk berhenti menangis, baru dia akan menyusu sperti biasa. Utk pengetahuan, ini baby kedua sy. Menyusu anak pertama dulu, sy mmg tiada masalah. Terima kasih

Baca lagi
6y ago

Salam Puan. Tahniah kerana berjaya menyusukan bayi Puan. Kebiasaannya tangisan bayi menunjukkan bayi ingin memberitahu sesuatu samada ketidakselesaan, mungkin perutnya kembung, atau berlaku reflux (susu berpatah balik ke dalam esofagus) tapi tidak termuntah, atau kadang2 dia sedang bermimpi (mengigau) atau susu terlalu laju kerana berlaku milk ejection reflex. Semua kemungkinan tersebut di atas, Puan amat sukar utk diketahui mana satu puncanya. Namun, jika bayi Puan boleh dipujuk dan diam selepas beberapa minit & menyambung penyusuannya, Puan tak perlu risau. Cuma praktiskan pegang bayi dlm posisi dada ke dada, peluk bayi erat, dodoikan apa2 sahaja spt zikir atau lagu2 kanak2 utk tenangkan bayi... Puan boleh menggendong sambil goyangkan badan Puan supaya bayi rasa seprti dihayun lembut atas badan ibu... Pastikan Puan memegang bayi dengan betul dan bayi rasa selamat bersama ibu. Terima kasih