Sesi Tanya Pakar bersama Breastfeeding Counselor Networking Program

Hai ibu yang dikasihi! Anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai menyusu! Kami pasti anda mempunyai banyak soalan berkaitan dengan menyusu. Breastfeeding Counselor Networking Program (BCNP) adalah jaringan kaunselor yang terlatih dan pakar tentang isu-isu penyusuan. Setiap ibu yang memerlukan bantuan penyusuan atau lawatan kaunselor boleh mendaftar diri di www.permatasusuan.com dan BCNP akan menugaskan kaunselor yang terdekat untuk membantu anda. Tanya soalan di ruangan komen di bawah! Pakar Perunding kami akan menjawab soalan anda pada petang Jumaat, 6 Disember 2019. Jadi, pastikan anda bertanya apa saja soalan berkaitan!

Sesi Tanya Pakar bersama Breastfeeding Counselor Networking Program
41 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Sekarang bayi berusia 4 bulan +, dan saya ada mengambil perancang depo. Apa yang saya perasan susu makin berkurang selepas amek depo. Dah masuk 2nd cucuk lagi teruk. Macam mana saya nak adakan balik susu saya.mustahil atau tidak sebab sekarang sudah kering

6y ago

Jika puan ingin memulakan penyusuan semula, setelah susu tiada, ia adalah proses relaktasi. Puan perlu mula mengepam semula setiap 2-3 x sehari, at least 8 kali sehari siang dan malam. Puan boleh berjumpa doktor yang sokong penyusuan susu ibu untuk mendapatkan ubat seperti Domperidone atau metoclopramide untuk membantu proses relaktasi ini. Tapi perlu diingat, ubat ini hanya boleh diambil jika puan mula pumping dgn kerap dan hanya melalui doktor, bukan hanya melalui kaunter farmasi. Jika bayi masih mahu menyusu di breast, puan boleh susukannya menggunakan Supplementary Nursing system (tiub yg salurkan susu tambahan) di mana ransangan penghasilan susu semakin efektif.