Sesi Tanya Pakar bersama Breastfeeding Counselor Networking Program

Hai ibu yang dikasihi! Anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai menyusu! Kami pasti anda mempunyai banyak soalan berkaitan dengan menyusu. Breastfeeding Counselor Networking Program (BCNP) adalah jaringan kaunselor yang terlatih dan pakar tentang isu-isu penyusuan. Setiap ibu yang memerlukan bantuan penyusuan atau lawatan kaunselor boleh mendaftar diri di www.permatasusuan.com dan BCNP akan menugaskan kaunselor yang terdekat untuk membantu anda. Tanya soalan di ruangan komen di bawah! Pakar Perunding kami akan menjawab soalan anda pada petang Jumaat, 6 Disember 2019. Jadi, pastikan anda bertanya apa saja soalan berkaitan!

Sesi Tanya Pakar bersama Breastfeeding Counselor Networking Program
41 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Hi! Saya mommy to be ank 1st tahun dpn bakal due feb 2020, soalan saya mcm mana sy nk tahu bila susu ibu akan trhasil? Yg kedua, selepas sy melahirkan anak adakah sy wjib trus mnyusukan ank & bila sy bole pump susu utk ank mgunakan btol pula? Kalau bole sy nk full breast feed, sbb sy baca susu ibu adalah susu trbaik utk baby. If sy simpan susu ank selepas pump brpe lama ketahanan susu itu bole disimpan?tq harap dpt jwb soalan sy utk bakal ibu mcm sy yg belum ad pengalaman.

Baca lagi
6y ago

Tahniah puan kerana bakal menimang cahaya mata & berniat utk fully breastfeeding. Betul puan, susu ibu adalah yg terbaik utk bayi. Sebagai bakal ibu, memang akan menjadi kebimbangan pd puan utk melalui fasa penyusuan susu ibu. Utk makluman puan, susu ibu telah mula terhasil seawal 16 minggu semasa kehamilan lagi. Konsep asas ialah MORE DEMAND, MORE SUPPLY. Ibu akan menghasilkan kolostrum sehingga 4-5 hari pertama selepas kelahiran, dan pada minggu ke-2, puan akan mengalami fasa milk comes in. Untuk pastikan susu terhasil dengan banyak dan konsisten, puan perlu menyusukan sekerapnya mengikut permintaan bayi. Susu ibu perlu dirangsang melalui hisapan bayi atau perahan susu ibu utk membolehkan signal dihantar ke otak supaya susu dpt dihasilkan mengikut permintaan. Sejurus kelahiran, sekiranya tiada masalah pd puan & bayi pastikan puan dpt skin to skin. Susu pd fasa itu adalah kolostrum, sgt pekat serta sgt tinggi dgn antibodi & jumlah sgt sedikit sesuai dgn keperluan serta saiz perut