Sesi Tanya Pakar bersama Breastfeeding Counselor Networking Program

Hai ibu yang dikasihi! Anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai menyusu! Kami pasti anda mempunyai banyak soalan berkaitan dengan menyusu. Breastfeeding Counselor Networking Program (BCNP) adalah jaringan kaunselor yang terlatih dan pakar tentang isu-isu penyusuan. Setiap ibu yang memerlukan bantuan penyusuan atau lawatan kaunselor boleh mendaftar diri di www.permatasusuan.com dan BCNP akan menugaskan kaunselor yang terdekat untuk membantu anda. Tanya soalan di ruangan komen di bawah! Pakar Perunding kami akan menjawab soalan anda pada petang Jumaat, 6 Disember 2019. Jadi, pastikan anda bertanya apa saja soalan berkaitan!

Sesi Tanya Pakar bersama Breastfeeding Counselor Networking Program
41 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Salam. Sy bakal ibu bulan feb 2020.. ini merupakan anak pertama sy.. sy nak tanya 3 soalan: 1. Cara nak susukan anak sampai kenyang? Ada tempoh masa penyusuan x? Contoh setengah jam. 2. Kita digalakkan menyusukan anak sehingga 2 tahun. Sekiranya dalam tempoh 2 tahun penyusuan tu susu kering/xnak keluar ada x cara nak bagi susu keluar atau ibu kena ready susu formula utk anak? 3. Sy merupakan ibu yang bekerja. Sy cuma diberi 2 bulan cuti bersalin. Boleh bagi tips untuk biasakan baby sy minum susu yg telah dipam sepanjang sy cuti? Kadang2 baby xserasi dengan puting botol susu.

Baca lagi
6y ago

1) Di awal kelahiran, Susukan bayi puan mengikut kehendak baby. Pastikan lekapan betul dan posisi menyusu puan dan baby selesa. Anggaran tempoh menyusu adalah tidak kurang dari 10 min utk memastikan baby dapat susu foremilk (air) dan hindmilk (lemak) yg penting utk tumbesaran baby. Biarkan baby minum sehingga dia sendiri melepaskan payudara ibu. 2) Puan perlu ada keyakinan dan ilmu sepanjang perjalanan dua tahun penyusuan. Yg paling penting adalah mindset yg puan mampu menyusu sehingga baby puan berusia 2tahun. Selain itu, puan perlu menjaga waktu penyusuan/jadual mengepam bila bekerja supaya bekalan susu berkekalan dan tidak terputus. Jangan lupa konsep penting dalam penyusuan adalah 'demand' (baby) dan supply (ibu)😘. Tambahan info: Sekiranya sudah berhenti susu ibu selepas 2 tahun, berikan susu fresh milk atau UHT lebih baik drpd susu FM kerana ia natural dan pastikan anak tidak bergantung kpd susu, galakkan pemakanan yg lebih banyak dan seimbang 4) Untuk fasa permulaan memperkenalk