Sesi Tanya Pakar bersama Breastfeeding Counselor Networking Program

Hai ibu yang dikasihi! Anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai menyusu! Kami pasti anda mempunyai banyak soalan berkaitan dengan menyusu. Breastfeeding Counselor Networking Program (BCNP) adalah jaringan kaunselor yang terlatih dan pakar tentang isu-isu penyusuan. Setiap ibu yang memerlukan bantuan penyusuan atau lawatan kaunselor boleh mendaftar diri di www.permatasusuan.com dan BCNP akan menugaskan kaunselor yang terdekat untuk membantu anda. Tanya soalan di ruangan komen di bawah! Pakar Perunding kami akan menjawab soalan anda pada petang Jumaat, 6 Disember 2019. Jadi, pastikan anda bertanya apa saja soalan berkaitan!

Sesi Tanya Pakar bersama Breastfeeding Counselor Networking Program
41 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hi, anak saya sekarang umur 2tahun 2bulan lebih & full breastfeeding. Masalah anak saya adalah kurang berat badan. Berat badan naik tetapi tidak banyak. Contoh bulan 10 - 8.6kg, bulan 11 - 8.7kg. Setiap bulan kami perlu ke Klinik Kesihatan Ibu & Anak untuk memantau berat si anak. Nurse suggest anak saya minum susu formula tetapi anak saya kurang berminat untuk minum susu tersebut. Makanan saya bagi yang berkalori tinggi kerana berat badan dia sekarang sudah di kawasan graf merah. Apakah harus saya lakukan supaya berat anak saya ideal walaupun breastfeed diteruskan? Bagaimana menyusu ibu dapat membantu berat anak menjadi ideal? Adakah disebabkan cara pemakanan si ibu? Ps:Berat badan mulai susut pada usia 4@5bulan.

Baca lagi
6y ago

Thank you. Ya betul anak saya aktif.