Sesi Tanya Pakar bersama Breastfeeding Counselor Networking Program

Hai ibu yang dikasihi! Anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai menyusu! Kami pasti anda mempunyai banyak soalan berkaitan dengan menyusu. Breastfeeding Counselor Networking Program (BCNP) adalah jaringan kaunselor yang terlatih dan pakar tentang isu-isu penyusuan. Setiap ibu yang memerlukan bantuan penyusuan atau lawatan kaunselor boleh mendaftar diri di www.permatasusuan.com dan BCNP akan menugaskan kaunselor yang terdekat untuk membantu anda. Tanya soalan di ruangan komen di bawah! Pakar Perunding kami akan menjawab soalan anda pada petang Jumaat, 6 Disember 2019. Jadi, pastikan anda bertanya apa saja soalan berkaitan!

Sesi Tanya Pakar bersama Breastfeeding Counselor Networking Program
41 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Berapakah average jumlah susu bagi bayi bawah 1 bulan since baby taknak df, bayi saya minum sehingga 4 oz ke 5 oz sekali minum susu yg dipam. Adakah terlalu banyak?

Saya pregnant 38weeks. Masalah saya ialah puting susu payudara tak timbul. Macamana saya nak menyusukan anak saya nanti? Ada sebarang cara untuk saya apply tak?

hy.. saya nak tanya. normal ke payudara belah kiri besar dari belah kanan? macam mana kita nak tahu bby kita kenyang dan dia dapat hindmilk?

VIP Member

Lepas baby menyusu sekejap (dlm 15 minit sblm dia tidur), perlu ke sy pam baki susu dlm payudara ? Kalau tak pam, adakah susu sy akan drop ?

VIP Member

Berapa lama harus saya menyusu kan bayi saya pada sebelah payudara? Ada kiraan tertentu atau boleh saja ikut kesesuaian saya sendiri?

5y ago

Boleh cuba puan. Baby tak kenal payudara sebenarnya. Puan perlu cek perlekapan dan posisi supaya penyusuan tak terganggu.

Baby sy tdk mau menyusu dibadan,macamana cara supaya sy dpt paksa dia menyusu?dia hnya suka menyusu susu botol.

Hi saya nak bertanya adakah normal ibu mengandung 2nd trimester kerap mengalami sakit atau pening kepala

5y ago

Normal sis 😁😁😁

hy.. macam mana kita nk thu y kita dh 'kosongkan'payudara ketika kita susukan anak?

5y ago

tq 😊

Boleh ke minum susu kambing waktu menyusu anak? Org kata panas. Tp ada yg kata elok.

5y ago

Assalamualaikum Puan Erna Izana. Tahniah kerana menyusukan anak puan dengan susu ibu.Jika puan tiada alahan kepada susu tersebut. Tiada istilah makanan atau minuman itu 'panas' atau 'sejuk'. Jika ibu minum dan bayi jadi colic atau kembung, maka bayi mungkin tak boleh terima susu ibu yang mengandungi sedikit bahan2 dalan susu kambing yg ibu minum. Boleh cuba sedikit dahulu. Kemudian perhatikan sebarang perubahan pada bayi puan.Selain pengambilan susu, ibu yang menyusu juga perlu ambil makanan seimbang. Elpeni Ramli Kaunselor Laktasi

Salam hi...saya hari2 mnum ais limau..ada effect x nnt nak bersalin?