Sesi Tanya Pakar bersama Mei Theng (Perunding Babywearing)

Hai ibu yang dikasihi! Anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai BABYWEARING! Kami pasti anda mempunyai banyak soalan mengenainya. Mei Theng adalah Pakar Perunding Bayi Bertauliah dari The School of Babywearing UK yang akan aktif berinteraksi dengan anda di app. Tanya soalan di ruangan komen di bawah! Pakar Perunding kami akan menjawab soalan anda pada petang Jumaat, 22 November 2019. Jadi, pastikan anda bertanya apa saja soalan berkaitan. Nantikan artikel pakar oleh Mei Theng dan giveaway hebat pada hari Isnin, 25 November 2019!

Sesi Tanya Pakar bersama Mei Theng (Perunding Babywearing)
49 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Boleh tak ibu hamil guna baby carrier? Kalau pakai jenis belakang, tak memudaratkan ke tulang belakang preggers?

6y ago

1) Boleh, jika sudah selalu babywearing anak pertama dengan back carry sejak mengetahui sedang mengandung anak kedua dan tiada masalah kesihatan ibu mengandung. Nasihatkan kamu supaya sentiasa mengikut keadaan badan. Kalau tak terdaya, berhenti dan rehat. Back carry lebih selesa semasa mengandung berbanding front carry kerana anak pertama tidak menganggu kandungan kamu yang semakin besar dan boleh membantu pengagihan berat anak dan kandungan atas badan kamu dengan lebih seimbang. 2) Tetapi, jika belum lagi mula guna baby carrier, saya tidak rekomen kamu mula sekarang. Nasihat saya sama juga dengan nasihat doktor obgyn; kalau tidak pernah lari marathon, janganla mula berlatih semasa mengandung.