Sesi Tanya Pakar bersama Mei Theng (Perunding Babywearing)

Hai ibu yang dikasihi! Anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai BABYWEARING! Kami pasti anda mempunyai banyak soalan mengenainya. Mei Theng adalah Pakar Perunding Bayi Bertauliah dari The School of Babywearing UK yang akan aktif berinteraksi dengan anda di app. Tanya soalan di ruangan komen di bawah! Pakar Perunding kami akan menjawab soalan anda pada petang Jumaat, 22 November 2019. Jadi, pastikan anda bertanya apa saja soalan berkaitan. Nantikan artikel pakar oleh Mei Theng dan giveaway hebat pada hari Isnin, 25 November 2019!

Sesi Tanya Pakar bersama Mei Theng (Perunding Babywearing)
49 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Untuk newborn sesuai ke baby wearing ni ? Dah ready to use atau kena belajar cara lilit.

6y ago

Newborn babywearing memang boleh dilakukan asalkan mengikut TICKS dan pastikan jenis baby carrier yang dibeli adalah sesuai. Untuk jenis soft structured carrier, berat newborn mesti melebihi 3.2kg. Jika tidak, boleh guna stretchy wrap, ring sling ataupun woven wrap. Semua jenis baby carrier memang memerlukan masa untuk belajar cara pemakaian yang betul.