Sesi Tanya Pakar bersama Mei Theng (Perunding Babywearing)

Hai ibu yang dikasihi! Anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai BABYWEARING! Kami pasti anda mempunyai banyak soalan mengenainya. Mei Theng adalah Pakar Perunding Bayi Bertauliah dari The School of Babywearing UK yang akan aktif berinteraksi dengan anda di app. Tanya soalan di ruangan komen di bawah! Pakar Perunding kami akan menjawab soalan anda pada petang Jumaat, 22 November 2019. Jadi, pastikan anda bertanya apa saja soalan berkaitan. Nantikan artikel pakar oleh Mei Theng dan giveaway hebat pada hari Isnin, 25 November 2019!

Sesi Tanya Pakar bersama Mei Theng (Perunding Babywearing)
49 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Bby wearing boleh gune since dari umur berapa sehingga umur bby berapa ea?

6y ago

Hi. Dari newborn sehingga besar. Hadnya bergantung kepada stamina badan ibu bapa, jenis baby carrier dan berat maksima yang boleh ditampung oleh baby carrier yang diguna. Saya masih mengguna baby carrier untuk mengendong anak saya berumur 3 tahun dan beratnya 13.5kg. Ramai ibu bapa juga seperti saya - mengendong anak besar selagi stamina badan kita mampu dan jika anak memerlukannya. Bayi pramatang juga boleh digendong untuk menyokong kangaroo care dengan sokongan dan bimbingan dari babywearing consultants.