49 Balas
Untuk parents berbadan besar, material apa yang sesuai digunakan dan anak sudah 1 tahun.
Bolehkah newborn guna ssc carrier? Adakah selamat bawah setahun dikendong menghadap luar?
1) Boleh asalkan bayi mencapai berat minima SSC untuk SSC yang direka dengan adjustable body panel. Berat minima biasanya ialah 3.2kg. Ada SSC yang mesti digunakan dengan infant insert untuk newborn sehingga bayi cukuo besar - sila pastikan dulu. 2) Untuk posisi front facing out (FFO), pastikan SSC yang dibeli menyokong posisi ini. Pastikan SSC telah disediakan untuk FFO - rujuk manual. Pastikan pelvic tuck dibuat untuk memastikan M-position semasa FFO. Pastikan bayi sudah mempunyai kawalan kepala dan leher yang kukuh (5-6 bulan) dan cukup tinggi supaya dagunya berada di atas body panel. Hadkan sesi FFO ke maksima 30 minit - mungkin pendek jika bayi menunjuk tanda overstimulation, letih atau mengantuk. Tidak boleh membiarkan bayi tidur dalam posisi FFO.
Bby wearing boleh gune since dari umur berapa sehingga umur bby berapa ea?
Hi. Dari newborn sehingga besar. Hadnya bergantung kepada stamina badan ibu bapa, jenis baby carrier dan berat maksima yang boleh ditampung oleh baby carrier yang diguna. Saya masih mengguna baby carrier untuk mengendong anak saya berumur 3 tahun dan beratnya 13.5kg. Ramai ibu bapa juga seperti saya - mengendong anak besar selagi stamina badan kita mampu dan jika anak memerlukannya. Bayi pramatang juga boleh digendong untuk menyokong kangaroo care dengan sokongan dan bimbingan dari babywearing consultants.
Untuk newborn sesuai ke baby wearing ni ? Dah ready to use atau kena belajar cara lilit.
Newborn babywearing memang boleh dilakukan asalkan mengikut TICKS dan pastikan jenis baby carrier yang dibeli adalah sesuai. Untuk jenis soft structured carrier, berat newborn mesti melebihi 3.2kg. Jika tidak, boleh guna stretchy wrap, ring sling ataupun woven wrap. Semua jenis baby carrier memang memerlukan masa untuk belajar cara pemakaian yang betul.
Bila patut beli baby wearing,? Perlu tggu babylahir dulu x sbb nak try?
Hi! Terpulang kepada kamu - nak guna baby carrier dari newborn ataupun bila bayi dah besar sikit. Sebab babywearing semacam senaman untuk ibu bapa, ia lebih mudah untuk badan ibu bapa jika guna baby carrier dari newborn atau berat bayi 3-4kg daripada bermula bila bayi dah beratnya 10kg. Juga terpulang kepada kemampuan ibu bapa sebab kalau bayi pertama, ibu bapa perlu menyediakan banyak barang bayi juga.
Saya dah 36 minggu. Kadang2 terasa baby cegukan.. Normal ke?
Sesuai kah baby 3 bulan pakai carrier instead of pakai sling type?
Hi! Sling type maksudnya ring sling ke? Ring sling boleh digunakan dari newborn. Posisi yang digunakan ialah upright center (tegak dan di tengah tengah dada ibu bapa) atau slightly off-center. Untuk umur 3 bulan, tidak digalakkan mengguna ring sling di posisi hip carry (di atas pinggul ibu bapa) sebab posisi bayi menjadi lebih rendah dan mungkin sukar untuk ibu bapa memerhatikan pernafasan bayi.
Kalau bayi baru lahir belum sampai sebulan berak darah kenapa ya
Anak buah saya terus admit tau berak berdarah. Better pergi skrg
Bagaimana kita boleh pasti yang baby selesa semasa dalam carrier?
Hi. Pastikan penggunaan baby carrier adalah betul. Latih dengan anak patung dulu untuk membina keyakinan sebelum mencuba dengan bayi. Emosi kita boleh mempengaruhi emosi bayi. Pastikan bayi dah kenyang, pakai baju yang selesa, dan lampinnya bersih sebelum letaknya dalam baby carrier.
Berapa lama anak boleh berada dalam carrier pada satu2 masa?
Hi. Bergantung kepada stamina badan ibu bapa dan keperluan bayi (tukar lampin, menyusu, aktiviti lain seperti tummy time dan merangkak).
MySunshineBliss - Babywearing Consultant