49 Balas

VIP Member

Hi... Napkin brand apa yang paling baik untuk newborn? Size 81x81 okay or terlalu besar? 10 napkin cukup ke?

Mcm mna nk pastikan anak selesa dlm sling? Saya dh cuba, tp xsmp bbrp minit, anak dh menangis/merengek

Terima kasih banyak..saya akan cuba tip2 tersebut

VIP Member

Boleh tak ibu hamil guna baby carrier? Kalau pakai jenis belakang, tak memudaratkan ke tulang belakang preggers?

1) Boleh, jika sudah selalu babywearing anak pertama dengan back carry sejak mengetahui sedang mengandung anak kedua dan tiada masalah kesihatan ibu mengandung. Nasihatkan kamu supaya sentiasa mengikut keadaan badan. Kalau tak terdaya, berhenti dan rehat. Back carry lebih selesa semasa mengandung berbanding front carry kerana anak pertama tidak menganggu kandungan kamu yang semakin besar dan boleh membantu pengagihan berat anak dan kandungan atas badan kamu dengan lebih seimbang. 2) Tetapi, jika belum lagi mula guna baby carrier, saya tidak rekomen kamu mula sekarang. Nasihat saya sama juga dengan nasihat doktor obgyn; kalau tidak pernah lari marathon, janganla mula berlatih semasa mengandung.

VIP Member

Start umo brp blan baby blh di dukung dlm baby carier ? Newborn bby blh ke ? N kedudukn mcmana yg slmt utk bby

Macam mana nak tahu position yang sesuai utk baby bila pakai babysling? Sebab takut tak selesa

Hi. Boleh terangkan maksud babysling? Ring sling ke? Ataupun baby carrier secara umumnya? Posisi yang paling sesuai untuk bayi dalam baby carrier ialah upright with spread squat hip position and supported back facing parents. Boleh rujuk gambar saya dalam profile.

Kalau kita mengandung masih kandungan awal.. boleh tak kita turun kan berat badan supaya tidak obesiti

Soalan psl babywearing sis

- Ciri2 babywearing atau baby carrier yang safety compliance. - Bad and good position of baby inside.

Hi. Secara umumnya, baby carrier yang dijual di USA dan Europe sudah lulus babywearing regulation yang berkaitan. Untuk brand tempatan, ada yang telah lulus regulation overseas seperti Daiesu. Jika tidak, baby carriernya telah dicuba oleh sekumpulan babywearing consultant dan/atau experienced babywearer seperti kumpulan Facebook Malaysian Babywearers Official dan Malaysian Babywearers untuk memastikan reka bentuknya sesuai untuk menyokong tumbesaran pinggul dan tulang belakang bayi yang sihat dan optimum, penggunaan bahan yang kukuh, fabric yang mana pewarnanya adalah selamat untuk bayi dan jahitan yang kukuh. Posisi bayi yang baik ialah tegak di tengah dada ibu bapa sambil menghadap ibu bapa dengan pinggulnya dalam posisi-M dan tulang belakangnya disokong, dan juga memenuhi TICKS.

VIP Member

Memang tengah mencari jawapan ni 😍 Berapa lama sy boleh guna babywearing? Ada had berat bayi tak?

Hi. Tempoh babywearing dalam satu sesi bergantung kepada stamina badan ibu bapa. Saya rasa soalan kamu lebih merujuk kepada tempoh masa kamu boleh mengguna 1 baby carrier dalam 1 hayat produk. Secara umumnya, baby carrier telah diuji dari segi kemampuannya menampung berat maksima seperti 12kg untuk stretchy wraps, 15kg untuk ring slings, 20kg untuk soft structured carriers. Sentiasa merujuk kepada manufacturer untuk maklumat ini. Untuk jenis baby carrier yang boleh guna dengan paling lama, jawapannya woven wrap yang panjang kerana kamu boleh menggunakan variasi pemakaiannya secara multi-layered. Contoh seperti gambar saya dalam pengumuman di atas - saya mengguna cotton gauze woven wrap dalam Front Wrap Cross Carry with spread passes variation.

Sy ada baca article yang baby actually not suit to wear carrier, sling, etc. Then how?

Hi! Babywearing is a simple act of carrying children using a baby carrier and this has been practised by many cultures around the world for many many years. There are evidences that baby carrier made from animal skin were used by our ancestors back when humans were living in caves. In modern babywearing, there is a guideline on safe babywearing known as TICKS (http://babyslingsafety.co.uk). Perhaps you can share with me the link to the article you have read.

Baby carrier yg mana lebih baik, swaddle(mcm dlm gmbr yg miss pakai) or normal baby carrier?

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan