Sesi Tanya Pakar bersama Mei Theng (Perunding Babywearing)

Hai ibu yang dikasihi! Anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai BABYWEARING! Kami pasti anda mempunyai banyak soalan mengenainya. Mei Theng adalah Pakar Perunding Bayi Bertauliah dari The School of Babywearing UK yang akan aktif berinteraksi dengan anda di app. Tanya soalan di ruangan komen di bawah! Pakar Perunding kami akan menjawab soalan anda pada petang Jumaat, 22 November 2019. Jadi, pastikan anda bertanya apa saja soalan berkaitan. Nantikan artikel pakar oleh Mei Theng dan giveaway hebat pada hari Isnin, 25 November 2019!

Sesi Tanya Pakar bersama Mei Theng (Perunding Babywearing)
49 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Boleh kah Puan memberi penjelasan lebih lanjut tentang kedudukan M bayi dalam carrier. Apakah perbezaan M dan bayi terkankang. Saya telah mmbeli carrier ergonomik selepas membuat some research about ergonomik carrier. Tetapi bayi saya seakan tidak selesa dengan kedudukan itu. Untuk pengetahuan puan bayi saya berumur 5 bln.

Baca lagi
6y ago

Hi. Ada semak tak sama ada penggunaan baby carrier yang dibeli betul ke tidak? Pastikan penggunaan baby carrier adalah betul. Latih guna anak patung dulu. Bayi sekarang umur 5 bulan. Sebelum ini, tak pernah gendongnya dalam baby carrier? Kalau begitu, kena bagi masa untuk bayi biasakan diri. Pastikan dia sudah kenyang, pakai baju selesa dan lampinnya pun bersih sebelum mencuba. Semasa mencuba, boleh menyanyi lagu kegemarannya atau mengoyang badan ibu dengan lembut (seperti bila menggendong dengan tangan). Cuba 5 minit hari ini, 10 minit esok - memanjangkan masanya digendong dalam baby carrier untuknya membiasakan diri. Sila rujuk kepada gambar yang saya tampilkan di komen saya di atas mengenai posisi bayi.