Sesi Tanya Pakar bersama Mei Theng (Perunding Babywearing)

Hai ibu yang dikasihi! Anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai BABYWEARING! Kami pasti anda mempunyai banyak soalan mengenainya. Mei Theng adalah Pakar Perunding Bayi Bertauliah dari The School of Babywearing UK yang akan aktif berinteraksi dengan anda di app. Tanya soalan di ruangan komen di bawah! Pakar Perunding kami akan menjawab soalan anda pada petang Jumaat, 22 November 2019. Jadi, pastikan anda bertanya apa saja soalan berkaitan. Nantikan artikel pakar oleh Mei Theng dan giveaway hebat pada hari Isnin, 25 November 2019!

Sesi Tanya Pakar bersama Mei Theng (Perunding Babywearing)
49 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Posisi yang sesuai bagi bayi 2 bulan bagaimana? Dan boleh tahu jenama babywearing yang sesuai bagi bayi 2 bulan dan boleh pakai lama? Kalau boleh bajet bawah rm300 (boleh dipertimbangkan) dan jenis ssc serta ada pfa supaya senang nak laras ikut wearer (saya 149cm & suami 180cm).

6y ago

Hi. Posisi yang sesuai untuk bayi umur 2 bulan ialah tegak di tengah dada ibu sambil menghadap ibu (upright center front facing in). Berdasarkan keperluan kamu untuk PFA (Perfect Fit Adjuster) dan bajet kamu, boleh survey Tugeda Ideal dan Snuggbaby. Selain dari ketinggian, kena semak ukuran pinggang juga sebab ibu yang saiznya kecil lebih sukar untuk mendapat fit yang baik dengan SSC. Saya rekomen kamu sewa dulu sebelum beli. Cuba cari SSC sewa dalam kumpulan Facebook "Malaysian Babywearers FSOT & Rental".