Sesi Tanya Pakar bersama Dr Suziah Mokhtar, Pakar Perunding Pembedahan Payudara dan Endokrin

Hai ibu yang dikasihi! Hari ini anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai kanser payudara sempena bulan kesedaran barah payudara. Dr Suziah Mokhtar ialah Pakar Perunding Pembedahan Payudara dan Endokrin di hospital Sunway Medical Centre Velocity yang akan aktif berinteraksi secara terus dengan anda di aplikasi kami. Jom tanya soalan pada ruangan komen di bawah! *𝐍𝐎𝐓𝐀 : Sebarang pertanyaan diluar topik tidak akan dijawab dan akan dibuang daripada ruangan komen. Soalan yang ditanya selepas pukul 3petang juga berkemungkinan besar tidak akan dijawab oleh pakar.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr Suziah Mokhtar, Pakar Perunding Pembedahan Payudara dan Endokrin
22 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Hi Dr, Jika keluarga ada sejarah ahli keluarga yang menghidap kanser payudara. Boleh sarankan makanan atau apa2 sahaja nasihat Dr bagi mengelakkan atau mengurangkan peluang untuk ahli keluarga yang lain menghidap penyakit yang sama?

5y ago

Hi. Kurang daripada 10% kanser payudara adalah disebabkan oleh faktor genetik. Pemakanan yang sihat mengikut Piramid Makanan adalah amat disarankan. Selalu bersenam, elak dari obesiti terutama selepas menopause amat penting. Sekiranya hendak mengambil pil perancang atau HRT (hormone replacement therapy), berbincanglah dulu dengan pakar. Kita mungkin tak boleh mengelak dari mendapat kancer payudara tetapi kita boleh pastikan pengesanan awal kerana rawatan kanser peringkat awal lebih berkesan.