Sesi Tanya Pakar bersama Dr Suziah Mokhtar, Pakar Perunding Pembedahan Payudara dan Endokrin

Hai ibu yang dikasihi! Hari ini anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai kanser payudara sempena bulan kesedaran barah payudara. Dr Suziah Mokhtar ialah Pakar Perunding Pembedahan Payudara dan Endokrin di hospital Sunway Medical Centre Velocity yang akan aktif berinteraksi secara terus dengan anda di aplikasi kami. Jom tanya soalan pada ruangan komen di bawah! *𝐍𝐎𝐓𝐀 : Sebarang pertanyaan diluar topik tidak akan dijawab dan akan dibuang daripada ruangan komen. Soalan yang ditanya selepas pukul 3petang juga berkemungkinan besar tidak akan dijawab oleh pakar.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr Suziah Mokhtar, Pakar Perunding Pembedahan Payudara dan Endokrin
22 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Salam Dr, Jika ibu yang masih menyusu bayi adakah dibolehkan untuk melakukan memogram?

5y ago

Wasalam. Tiada masalah untuk melakukan mammogram walaupun tengah menyusu sekiranya diperlukan dan berumur 40 tahun ke atas. Yang penting, lakukan juga ultrasound sebagai tambahan kepada mammogram untuk mendapat keputusan yang lebih lengkap.