Sesi Tanya Pakar bersama Dr Suziah Mokhtar, Pakar Perunding Pembedahan Payudara dan Endokrin

Hai ibu yang dikasihi! Hari ini anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai kanser payudara sempena bulan kesedaran barah payudara. Dr Suziah Mokhtar ialah Pakar Perunding Pembedahan Payudara dan Endokrin di hospital Sunway Medical Centre Velocity yang akan aktif berinteraksi secara terus dengan anda di aplikasi kami. Jom tanya soalan pada ruangan komen di bawah! *𝐍𝐎𝐓𝐀 : Sebarang pertanyaan diluar topik tidak akan dijawab dan akan dibuang daripada ruangan komen. Soalan yang ditanya selepas pukul 3petang juga berkemungkinan besar tidak akan dijawab oleh pakar.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr Suziah Mokhtar, Pakar Perunding Pembedahan Payudara dan Endokrin
22 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Dr.. Soalan saya, saya ada ketulan di payudara dah 4tahun lebih... Tpi ketulan tu tak mmbesar, bila sentuh rasa sakit.. Bahaya ke ataupon kena operation?? Dr ckp ni fibroid

5y ago

Ketulan payudara yang paling biasa adalah fibroadenoma dan cyst. Ini selalunya tak merbahaya tapi mungkin menyebabkan tidak selesa. Tetapi perlu buat pemeriksaan dan ultrasound (+/- mammogram) untuk kepastian. Kadang-kadang, pesakit akan dinasihatkan untuk membuat biopsy - ambil sampel tisu.