Klinik Kesihatan

Hai ibu-ibu.. Kat sini siapa ibu-ibu yang tinggal di Puncak Alam? Pernah tak ada pengalaman check-up kandungan di Klinik Kesihatan Puncak Alam? Pernah tak sorang jururawat bernama Sariyah attend ibu-ibu? Saya bukan apa, jururawat bernama Sariyah ni dah dekat 3x check-up saya perhati memang bercakap suka kasar-kasar, suka provok.. Last check-up hari tu, memang temujanji datang nak check perut sahaja.. Tiba-tiba last minute cakap dia nak saya masuk bilik lain untuk injek kancing gigi.. Aduhaiii.. Memang injek kancing gigi mana-mana jururawat akan inform last minute sesuka hati dia ke? Masa tu saya drive sendiri bukan husband hantar, memang agak seriau kalau kena injek masa tu.. Sakit tak sakit injek kancing gigi belakang cerita, tapinya, saya memang tak ready.. Saya mintak tangguh next check-up, boleh dia sound saya, "yelah suka hatilah, minum air gula next check-up time pening-pening kena injek kancing gigi takpe la kan!" Ya Allah, saya rasa nak menangis bila dia cakap camtu, langsung takda moral support & bercakap kasar.. Saya faham mungkin dia sedang stress, tapi sekadar saya datang check-up perut pada tarikh yg dia dah letak, takkan masih stress? Saya x pernah provok dia bila bercakap, saya senyap je bila dia bercakap apa-apa.. Bila otw balik dari klinik kesihatan, saya fikir saya depress asik terkenang je next check-up perlu jumpa dia.. Sebab tiap kali check-up, ada je benda dia akan provok terutamanya masalah HB sy,. Saya dah cuba buat yang terbaik untuk kandungan saya, saya tak pernah skip makan ubat, saya makan seperti doktor sarankan.. Sesungguhnya hanya tuhan je yang tahu perasaan saya pada kandungan yang pertama ni betapa saya sabar menghadapi segala ujian.. Lagi2 bila check-up KK perlu hadap nurse perangai camni.. Saya trauma, sedih, stress.. Asyik teringat & takut setiap kali ingat tarikh check-up sebab ada je nurse bernama Sariyah ni cakap untuk provok dan menyakitkan hati saya.. Saya tak pernah cakap benda yang menyakitkan hati dia sebagai nurse, saya senyap je setiap kali berhadapan dan telan ape shj yang dia cakap.. Balik dari KK, saya memang stress sebab dia,. Stress sangat2!

1 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Sedih sangat2.. Next check-up Selasa minggu depan..