hi sis, saya pun masa anak 10 bulan dah mula introduce formula sebab susu drop (punca stress kerja😓), anak pulak baru nk tumbuh gigi taknak makan so kerap menyusu.
sejujurnya mmg perlu try & error, sbb byk sgt pilihan kan. macam saya mula dgn pilihan yg mesra bajet dulu haha, if anak tak serasi baru slowly tukar dgn pilihan lain.
sekadar berkongsi, botol susu saya cuba philips avent, awal2 mmg dia main2 sebab puting botol keras kan. and mintak tolong suami/adik yg bagi, sbb kalau saya bg mmg dia tolak. ada 2 jenis puting botol, so far dia lebih prefer yg natural wideneck dari yg biasa.
susu formula pula, masa baby pernah bg brand s26 (ikhtiar nak turunkan kuning). pernah bg 3 kali je tp lepas tu naik ruam satu badan so terus stop. hari tu bg dutch baby, bg yg step 1 (0-12 bulan) okay, bila bg step 2 (6-18 bulan) dia kena cirit birit lepas seminggu. skrg tgh cuba lactogen step 1, so far nampak okay tp dia mcm kurang suka sikit selalu tak habis minum 🤣. buat masa ni saya sulam bg sehari 2 kali je susu botol (3 atau 4oz), selebihnya susu badan.
insha Allah plannya lepas setahun nak introduce susu farm fresh terbaru untuk baby tu, berkenan yg tu sebab takde gula tambahan. cuma kita kena lebih fokus pada pemakanan anak untuk pastikan dia dpt zat yg cukup, dilema jugak ni sebab anak kejap nak kejap tak nak makan haha.
moga membantu dan dipermudahkan sis buat pilihan🙌🏻.