βœ•

LAPORKAN SEBARANG PERBUATAN BULI DAN TINDAKAN TIDAK WAJAR KEPADA KAMI

Hai ibu ayah! Kami menerima banyak maklum balas dan aduan tentang ketidakselesaan para ibu ayah yang menerima kecaman dan balasan jawapan yang bersifat menghukum, memerli, dan penuh negativiti. Ingat, komuniti theAsianparent ialah ruangan selamat untuk ibu ayah berkongsi, bertanya atau memberi pendapat. Tiada ruang untuk menghukum mahupun membalas pertanyaan dengan jawapan tidak sensitif, malah provokatif. Ruang ini adalah untuk membantu ibu ayah yang mempunyai kerisauan dan inginkan saranan. Boleh jadi apa yang anda sudah ketahui, masih belum diketahui ibu ayah yang lain. Jadi, jangan salah gunakan ruang ini untuk menghukum dan memberi komen berbaur perlian dan hinaan. Kepada ahli komuniti yang baru, kami menyediakan fungsi β€˜search/cari’ pada ruangan atas, bahagian kanan aplikasi. Anda boleh memanfaatkan fungsi search ini bagi mengetahui pelbagai komen, pendapat, dan saranan untuk pelbagai soalan dan situasi yang dialami ibu ayah sebelum ini. Gunakan fungsi ini kerana ia sangat membantu jika anda perlukan pendapat dan saranan segera. Rujukan doktor dan pakar adalah amat disarankan jika ibu ayah mengalami ketidakpastian, kerisauan, dan mengalami simptom serius. Kami akan terus memantau ruangan komuniti theAsianparent demi menjaga kesejahteraan bersama dan terus sebarkan β€˜positive mommy vibes’ kerana perjalanan kehamilan dan keibubapaan yang kita lalui sudah cukup menyukarkan. Kami di sini, ada untuk anda! Salam kasih, Team theAsianparent

44 Balas

setuju . tp yg bertanya pun tanya la soalan logik😜 jgn la tanya soalan yg merapu sangat . sbg cth baby baru 8mggu risau tak rasa gerakan lg pdhl pregnnt da byk kali .

Setuju sgt... Sya pun x suka org yg pikiran negatif πŸ˜“kalau X nak komen, x nak bagi pendapat, jgn marah2..... Pura2 x tengok jerrr...biar kan saja, terus scroll keatas, Habis cerita πŸ‘πŸ‘πŸ‘

Tau tkpe admin.. ada org tu setiap pos yg dia komen, semua dia kecam.. ermm lps tu bila org tanya soalan, dia suh org tu google plak 🀦 pening kepala mak..

Ye ramai yg kdg2 tu jawab dgn emosi.. Kalau rasa nk jawab dgn emosi, lebih baik buat2 x nmpk je post tu.. Jaga hati dan perasaan sesama kita..

VIP Member

So far, belum ada lagi komen2 yang menimbulkan provokasi, negative dan kecaman. Semua saya tengok komen2 Mommie Daddies positive belaka..

TapFluencer

Noteddd team πŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌπŸ’• #TAPactiveusers #TAPsupermoms

VIP Member

Sangat2 setuju πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»

πŸ₯°πŸ₯°πŸ₯°πŸ₯°πŸ₯° setuju 100%

Baik..ini mmg wajar!

VIP Member

tbaik taps team...:)

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan