risiko ubat perancang sebulan selepas bersalin

hai dan assalamualaikum mommies, saya cuma nak share satu pengalaman saya jika satu hari nanti mommies atau kenalan menghadapi perkara sama, atau mungkin sekadar untuk pengetahuan umum. saya melahirkan bayi late premature sekitar umur 35 minggu. semasa checkup anak dan mak waktu baby umur sebulan, saya checkup di KK kampung kerana masih berpantang di rumah mak saya. waktu tu nurse cadangkan saya mengambil suntikan perancang (depo) siap siap dan bekalkan buku perancang tu pada saya untuk di passkan kepada KK tempat tinggal saya. next appt checkup KK yang diberikan kepada saya di KK tempat tinggal adalah sewaktu baby saya 2 bulan, dan saya passkan buku perancang tersebut dan confirmkan semula tarikh next appt cucuk perancang yang seterusnya dengan nurse. tapi nurse KK tu dia agak terkejut dan pesan kepada saya lebih kurang macam ni. “sepatutnya elakkan ambil perancang dalam jangka masa anak umur satu bulan atau kurang, terutama jika menyusu badan. sebab paru paru bayi masih tak cukup matang untuk tampung kandungan yang ada dalam ubat tersebut, terutama sekali bayi pramatang. bila menyusu badan, bahan bahan dalam ubat tersebut auto mengalir dalam badan dia juga.” selain tu bila ambil terlalu awal, belum habis tempoh darah nifas, kita jadi taktahu bila sebenarnya darah period mula. kadang separuh jalan nak habiskan 44 hari tu darah dah kering, tapi tiba tiba seminggu sebelum habis 44 hari tu keluar balik darah banyak. kita jadi confuse “eh ni darah nifas ke darah period”. jadi mommies boleh minta hold dulu kalau di offer ambil perancang sebelum habis tempoh berpantang ya. semoga info ini dapat memberi manfaat kepada mommies di luar sana.

3 Balas

Soal tempoh bila blh ambik depo tu sy kurang arif, tq ats infonya puan tp satu sy nk share psl depo ni, sy pnh ambik depo utk jgka ms yg agk lma juga,, mgkin benda ni berbeza ats individu tp selama pemerhatian sy, bkn sy seorang saja mengalami kesan cucuk depo ni.. Mood selalu stabil, rs nk marah, kdg sedih xbtempat, xde nafsu, berat bdn btmbh dan selera mkn xterkawal.. Sy belum pernah naik berat sampai 60 kg ke atas. Bmi sy biasanya 45kg..bila mkn depo, tunggang balik jd nya😅dissbBkn sy sgt stress, sy putuskan utk ambil depo LG dan cuba rncg sdri.. Alhamdulillah Semuanya tlh kembali normal, berat bdn kembali ideal dan xde LG mood swing🤣

sy bru bersalin bby prem 28w dh suruh cucuk depo, mmg lah risiko tp sy memilih utk ambil pil, pil tu pon sy takmakan pon, sbb memilih dr rancang sndiri bukan apa side effect perancang tu bleh jd mcm2 sblum ni pon sy rancang sndiri dorang je suka paksa2 sy pun tknk la pregnant dlm msa dkat ni mungkin lg 4thun takpela.

TapFluencer

Betul. Better ambil perancang selepas suci drpd nifas.

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan