Pengalaman Bersalin Saya
Hai assalamualaikum semua, saya nak beri sedikit perkongsian tentang first experience bersalin saya. Pada 34 weeks, saya dah ada bukaan 1 cm dan mengalami contraction. Punca adalah sebab saya ada GBS (boleh google pada yang tak tahu). Setakat tu saya okay lagi nak tahan sampai lah waktu 36 weeks saya dah tunjuk tanda nak bersalin. Saya dah start kena contraction yang sangat kuat dan keluar darah. Saya pergi hospital dan Dr kata bukaan dah dalam 3 cm dan terus admitted. Pada detector jantung bayi dah pada tahap yang tinggi dalam 170 ++ dan contraction semakin teruk. Meanwhile contraction saya tu dah makin kuat dah sangat sakit, bukaan saya tak bergerak seiring dengan contraction. Contraction nak bersalin dah ada tapi bukaan tak membesar. Jadi disebabkan tu Dr kerap check bukaan saya setiap 1-2 jam dan tiap kali mereka check, mereka akan tarik bukaan secara paksa untuk kembangkan dia. Memang sakitlah kan. Start dari jam 8 malam sampai lah ke esok petang jam 2 diorang continously check dah tarik bukaan saya. Tapi bukaan saya masih tak terbuka lebih dari 3 cm. Esoknya lepas dah kena tarik bukaan tu berkali kali jadi la kembang sampai 4 cm, mereka beri masa pantau dalam 1-2 jam baru lah mereka tolak ke labor room. Itu pun tak bagitau ya, mereka terus panggil baring di bilik saringan dah cakap akan dibersalinkan secara paksa sebab contraction dah terlalu kuat tapi bukaan tak membesar. Jadi mereka pecahkan air ketuban saya dan tolak ke labor room. Saya masuk labor room dalam jam 2 petang, lepastu bangun dari wheelchair tu air ketuban saya tumpah lah terus kena marah macam la kita kawal benda tu. Saya dengan taktau apanya terus diorang tolak saya kesana kesini kemaskan barang saya kat katil terus bawa ke wad seterusnya. Lepastu memang dah macam cacing kat labor room tu sebab sakit sangat. Dan mereka tak bagi suami teman bersalin. Husband saya dapat jumpa saya esoknya waktu melawat sahaja. GBS kalau nak bersalin kena on antibiotic 4 jam baru boleh teran baby keluar pada yang bersalin normal. Kalau tak keputihan akan kena pada baby dan menyebabkan infection pada paru/jantung/otak. Dua dua tangan masuk IV dengan sebelah kanan mereka masukkan ubat kuatkan contraction, sebelah kiri mereka masukkan antibiotic. Tapi lepas 2 jam pun bukaan saya masih 4 cm. Lepastu non stop la every 30 minit Dr tarik sampai kembang. Saya memang dah tak tahan dan minta epidural. Takleh fikir apa dah memang rasa dah hujung nyawa je. After that diorang tarik lagi sampai 6 cm dan berterusan tarik lagi sampai la last kat 8 cm dah pukul 6 lebih. Nasib dapat epidural contraction dah kuat gila pun saya dapat tidur. Lega sikit dapat tidur sebab dari saya warded malam sebelum tu saya dah contraction kuat sangat tak dapat baring dan rehat. Pada bukaan 8 cm, saya dah disuruh untuk cuba teran baby keluar, ada 4 orang nurse dan Dr yang bantu tolak perut saya dari atas untuk bantu baby keluar. Lepastu sebab gunting dapat la dalan 10 jahitan tu. Alhamdulillah keluar juga baby saya. Dah lepas bersalin pula saya pantang sendiri, ikutkan ibu saya jaga tapi dia pula berterusan terima tetamu. Saya tak tahan memang balik rumah sendiri, bayangkan la dari first day tak rehat rehat kena pressure itu ini. Dan disebabkan sorang sorang handle anak dan diri, saya kena buasir dan bukaan saya infection dalam tempoh pantang. Darah pantang saya non stop hingga 4 bulan lepas saya bersalin. Akhirnya saya dapat tau saya bentan, dan dapat long period sakitnya. Terima kasih pada yang sudi dengar. Feel free untuk kongsikan pengalaman anda juga 🥰 #Sharing_Bund #firstmom #pregnancy