Pengalaman Bersalin Saya

Hai assalamualaikum semua, saya nak beri sedikit perkongsian tentang first experience bersalin saya. Pada 34 weeks, saya dah ada bukaan 1 cm dan mengalami contraction. Punca adalah sebab saya ada GBS (boleh google pada yang tak tahu). Setakat tu saya okay lagi nak tahan sampai lah waktu 36 weeks saya dah tunjuk tanda nak bersalin. Saya dah start kena contraction yang sangat kuat dan keluar darah. Saya pergi hospital dan Dr kata bukaan dah dalam 3 cm dan terus admitted. Pada detector jantung bayi dah pada tahap yang tinggi dalam 170 ++ dan contraction semakin teruk. Meanwhile contraction saya tu dah makin kuat dah sangat sakit, bukaan saya tak bergerak seiring dengan contraction. Contraction nak bersalin dah ada tapi bukaan tak membesar. Jadi disebabkan tu Dr kerap check bukaan saya setiap 1-2 jam dan tiap kali mereka check, mereka akan tarik bukaan secara paksa untuk kembangkan dia. Memang sakitlah kan. Start dari jam 8 malam sampai lah ke esok petang jam 2 diorang continously check dah tarik bukaan saya. Tapi bukaan saya masih tak terbuka lebih dari 3 cm. Esoknya lepas dah kena tarik bukaan tu berkali kali jadi la kembang sampai 4 cm, mereka beri masa pantau dalam 1-2 jam baru lah mereka tolak ke labor room. Itu pun tak bagitau ya, mereka terus panggil baring di bilik saringan dah cakap akan dibersalinkan secara paksa sebab contraction dah terlalu kuat tapi bukaan tak membesar. Jadi mereka pecahkan air ketuban saya dan tolak ke labor room. Saya masuk labor room dalam jam 2 petang, lepastu bangun dari wheelchair tu air ketuban saya tumpah lah terus kena marah macam la kita kawal benda tu. Saya dengan taktau apanya terus diorang tolak saya kesana kesini kemaskan barang saya kat katil terus bawa ke wad seterusnya. Lepastu memang dah macam cacing kat labor room tu sebab sakit sangat. Dan mereka tak bagi suami teman bersalin. Husband saya dapat jumpa saya esoknya waktu melawat sahaja. GBS kalau nak bersalin kena on antibiotic 4 jam baru boleh teran baby keluar pada yang bersalin normal. Kalau tak keputihan akan kena pada baby dan menyebabkan infection pada paru/jantung/otak. Dua dua tangan masuk IV dengan sebelah kanan mereka masukkan ubat kuatkan contraction, sebelah kiri mereka masukkan antibiotic. Tapi lepas 2 jam pun bukaan saya masih 4 cm. Lepastu non stop la every 30 minit Dr tarik sampai kembang. Saya memang dah tak tahan dan minta epidural. Takleh fikir apa dah memang rasa dah hujung nyawa je. After that diorang tarik lagi sampai 6 cm dan berterusan tarik lagi sampai la last kat 8 cm dah pukul 6 lebih. Nasib dapat epidural contraction dah kuat gila pun saya dapat tidur. Lega sikit dapat tidur sebab dari saya warded malam sebelum tu saya dah contraction kuat sangat tak dapat baring dan rehat. Pada bukaan 8 cm, saya dah disuruh untuk cuba teran baby keluar, ada 4 orang nurse dan Dr yang bantu tolak perut saya dari atas untuk bantu baby keluar. Lepastu sebab gunting dapat la dalan 10 jahitan tu. Alhamdulillah keluar juga baby saya. Dah lepas bersalin pula saya pantang sendiri, ikutkan ibu saya jaga tapi dia pula berterusan terima tetamu. Saya tak tahan memang balik rumah sendiri, bayangkan la dari first day tak rehat rehat kena pressure itu ini. Dan disebabkan sorang sorang handle anak dan diri, saya kena buasir dan bukaan saya infection dalam tempoh pantang. Darah pantang saya non stop hingga 4 bulan lepas saya bersalin. Akhirnya saya dapat tau saya bentan, dan dapat long period sakitnya. Terima kasih pada yang sudi dengar. Feel free untuk kongsikan pengalaman anda juga 🥰 #Sharing_Bund #firstmom #pregnancy

15 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

bila baca pengalaman sis ni, sy rasa tkut plk nk bersalin sec baby😭, sbb first baby sy express, dari selangor ke kedah, smpai kedah 8 pagi, lebih kurang dlm 11 pagi rasa contraction, pukul 3 ptg baby kluar, xde pengalaman lain selain gunting dan jahit😣😣, cuma pantang kat kedah 3 hari terus balik selangor, pntang sendiri perit yer walaupun ada suami tpi x function, niat balik kedah sbb nk g kenduri sepupu suami🤣 x Expert akan terberanak kat sana😌

Baca lagi
8mo ago

allahu kesian nya. baby nak jadi orang kedah tu sis 🤣 mesti sakit menghadap highway dengan luka masih basah tu huhuhu. tapi entah orang kata anak kedua dan seterusnya mungkin lebih mudah urusannya, tapi kadang tak terjangka allah lebih tahu. insyallah semoga dipermudahkan semua urusan awak untuk bersalin anak kedua insyallah. semoga saya pun mudah 🤣 best pengalaman mengandung dan bersalin ni 👍🏻 nak menjaga nya tu je ha makan banyak kesabaran.

marah knpa pecah ketuban.hurm mcm2 la perangai staff hospital.da sakit nak kontrasi,kena pula sakit hati.. nasib dlu saya pecah kutuban kat tandas..da masuk labor room,kena ketawakan pula sbb cara bernafas salah,saya kesakitan mana nak trfikir cara bernafas..kalo x sakit masa tue da herdik staff tue.. last2 bersalin seorg diri dgn seorg bidan je.annoying trlalu bnyk staff.😅 sabar je la sis..lebih baik sorokkn baby Dari tiba2 baby sakit sbb tetamu.

Baca lagi
8mo ago

hmm faham sangat sis dah sakit sangat kan kadang apa pun takleh nak fikir dah, macam macam ragam nurse ni kadang baik kadang tak. apalah salahnya bantu guide dan tenangkan awak. tulah selain taknak baby sakit pun kita nak rehat baby pun nak rehat, bila tetamu datang mesti nak dukung dan kejut. pastu bila dah nangis nanti maknya juga kena handle. sabar jelah

pengalaman bersalin anak ke3, positive gbs.. start contraction kol 3.30pg.. santai2 uruskan ank2 kol 4.30 bru g pac.. check bru buka 3cm pstu dorg bru inform xtrima yg gbs.. kne tolak g hosp besar kol 7pg naik ambulance... kol 8 sampai turun dri ambulance da contraction kuat.. baring bru nk on antibiotics da pecah ketuban.. check bukaan da 8cm..kelam kabut msuk labour room, 8.30pg selamat bersalin bersalin normal, xde jahitan..

Baca lagi
8mo ago

kuatnya sis sambil mengurus anak anak. kenapa la hospital tu tak terima pula, boleh pula ya dia pilih pilih pesakit 😅 alhamdulillah mudah urusan sis bersalin, senang je bukaan tu buka. anak pun sihat je. satu rezeki dan anugerah. tahniah sis. terima kasih kongsi pengalaman ❤️

VIP Member

sepatutnya nurse xleh marah kalau ketuban pecah masa tu....sy skali pecah sdri masa tggu turn nak kena cek dkt PAC...dr duduk nk bgn la...pastu tibe² pop pecah...sy mmg mintak maaf kat nurse tp nurse ² tu semua baik dorg kata xpe...bkn slh sy dan benda tu kita xleh jangka.... semoga awk makin sihat hendaknya

Baca lagi
8mo ago

tulah saya pun hairan. taktau lah sis kadang nurse nurse ni banyak ragam nya kita nak kena hadap, nasib kadang baik kadang tak. terima kasih atas doanya ❤️

Allahukabar...besarnya pengorbanan ibu. xdpt bygkan sakit yg awak kena hadap. semoga dgn sakit tu Allah ampunkan semua dosa dan angkat darjat awak lebih tinggi.

7mo ago

alhamdulillah dengan izin nya. terima kasih banyak ya sis atas doanya, semoga doanya kembali kepada awak juga ❤️

Kesiannya sis.. Dah la 1st time bersalin kan.. Xpe lepas ni InsyaAllah pro dah, boleh handle sendiri.. Papepun tahniah, besar pengorbanan sis..

8mo ago

saya anggap ujian saya je huhuhu, tapi alhamdulillah rezeki saya anak saya mudah nak dijaga tak banyak ragam. satu pengalaman yang terasa sangat bermakna. terima kasihh ❤️

VIP Member

sedih nya bila mak sndiri yg cuba sisihkan fmly kecil ni.semoga sis kuat dan jaga kesihatan sis untuk anak dan suami sis.

7mo ago

terima kasih banyak atas doanya ❤️

Sy pon GBS .. First time mum.. huhu seram plak baca pengalaman sis.. due sy bln 3.. doakan sy smoga Allah mudahkan..

8mo ago

hehehe saya doakan dipermudahkan urusan awak untuk bersalin nanti ya. insyallah okay, ada je mommies yang ada GBS mudah mereka bersalin, cuma nanti dr akan bagi awak antibiotics je 4 jam before baby keluar. tahniah yaa goodluck ❤️

ya Allah kuat sangat awak sis , ngilu dengar dr tolong kembangkan bukaan tu . tahniahh sis 🥹

8mo ago

alhamdulillah terima kasih awak 🥰 saya pun kadang ngilu ingat balik. sakit sangat. saya yakin ibu ibu diluar sana juga sangat kuat menghadap proses bersalin demi anak mereka. alhamdulillah ❤️

Sorry nak tanya, maksud sis mak tak berhenti trima tetamu tu . Tetamu yg dtg melawat sis ke?

8mo ago

ada waktu kami dan privacy antara husband dan anak bertiga baring di bilik. sambil spend time dengan anak sebelum husband saya tinggal saya berpantang di rumah ibu saya. dia sentap dan cakap yang kami cuba asingkan baby dari dia.