Spotting to bleeding
Genap 31 Ogos 2023, janin 7 minggu 1 hari keluar dengan sempurna tanpa ada tinggal dalam rahim. Alhamdulillah, anak yang tidak sakitkan ibunya biar sikit apa pun. Walaupun ramai cakap masa keluar tu sakit macam ibu nak bersalin. Tapi alhamdulillah tidak ada ibu rasa semua tu. Hanya senggugut biasa malam pukul 8. Tiba-tiba keluar semasa ibu angkat abang sulungnya. 4 hari pendarahan, tapi ibu senang hati sempat tengok adik dalan rahim dengan degupan jantung. Laluan ibu pun tertutup. Doktor cakap bukan tanda-tanda keguguran. Hanya bleeding di awal kehamilan. Tapi pagi jam 3 subuh, ibu dapat rasa ada benda keluar dari bawah semasa ibu gendong abang yang tengah lasak bermain. Bila check esok pagi di kecemasan, semua kosong dalam rahim. Maksudnya, yg di pad tu lah adik. Sempurna dengan kantungnya sekali. Ayah dah kubur. Bermain dengan riang ya adik di syurga sana. Tidak dapat main-main dengan abang di sini. nanti insyaAllah jumpa abang ibu ayah di sana ya kalau Allah izinkan dan semoga Allah izinkan ❤️terima kasih anak yang baik selama mengandung sangat memudahkan ibu sehinggalah melahirkan. ❤️