Hi mommies. Ada tak Cara kurangkan kuning baby .
Susu ibu adalah sebaik2 susu yg mampu turunkan kuning. Kebanyakan ibu akan risau bila baby kuning tapi adalah samgan normal bayi baru lahir menghidap Jaundice. Penyebab bayi kuning adalah kadar bilirubin yang tinggi dalam darah. Bilirubin ini adalah pigmen kuning dalam sel darah merah. Kelebihan bilirubin terjadi karena organ hati bayi belum cukup matang untuk menyingkirkan bilirubin dalam aliran darah. Penyakit kuning pada bayi baru lahir biasanya tidak memerlukan rawatan khusus kerana ia dapat hilang dalam 10–14 hari. Namun, jika hasil pemeriksaan menunjukkan adanya kadar bilirubin tinggi dalam darah bayi, diperlukan pemantauan khusus dari doktor. Ibu2 mampu mencegah kenaikan bilirubin yang dapat menyebabkan bayi kuning dengan memberinya susu yang cukup. Bayi yang mengonsumsi air susu ibu harus menyusu 8–12 kali dalam sehari selama beberapa hari pertama kehidupannya. Pada bayi yang mengonsumsi susu formula, ibu2 harus memberikan 30–60 ml susu setiap 2–3 jam selama minggu pertama setelah dilahirkan untuk mencegah kenaikan kadar bilirubin dalam darah bayi. Jadi apa yg penting adalah penyusuan yang kerap supaya bayi terhidrat & akn kerap buang air.
Baca lagikerapkan bagi anak susu. susu kalau xmeriah, topup dengan formula. harus 2 jam sekali bagi susu. baby tido? buka sarung tangan sarung kaki 😂 jangan bedung.. biar dia sejuk. baru dia bngun. kalau tido lagi? geletek dia 😂😂 bangunkan baby bagi minum. mandian daun segala bagai? boleh je. kita ikhtiar. anak saya mandi daun liao dgn daun kucai. alhamdulillah bnyak turun. anak saya g6pd.. agak struggle nak turunkan kuning. jgn skip bagi susu anak ye. mentang anak tido je manjang 😂
Baca lagiStrt 25w sy da amalkan minum susu kambing & minum jus delima asli. Anak pertama blood type O da sya pun O alhamdulilah kuning hanya sehingga 8 hari sahaja. Anak kedua pun saya amalkan minum susu kambing & minum jus delima asli dari 25w juga alhamdulillah bebas kuning. 4kali cek setiap 3 hari semua bawah 77. Doc discaj kata baby xde kuning. Alhamdulillah. Tp bila baca2 kalau babb kuning kena kerap susukan supaya dia kerap kencing berak.
Baca lagiAda. Caranya hanya dengan memberi baby susu badan/ susu formula. Kena ada jadual penyusuan yang ketat iaitu beri susu setiap 2 jam, untuk bayi membuang dengan lebih kerap. Jangan sesekali beri baby minum atau makanan selain daripada susu badan/ susu formula walaupun setitik, sesuap atau buat rasa. Baby saya prolonged jaundice 2 bulan. Itu sahaja yang saya buat. Saya sentiasa set kan alarm every 2 hours untuk menyusu.
Baca lagipenawarnya hanya susu ibu or susu formula. xde short cut cara lain. Nak ikhtiar mandi dgn air rebusan daun kucai ke,daun dukung anak ke,serum nuraz ke boleh. Tapi jgn sesekalu suap apa2 pada baby,risiko buah pinggang baby rosak tinggi. Tak semua baby serasi,ada yg turun ada yg jd makin naik. Anak2 sy semua prolonge jaundice. Masa kuning tinggi sy bg susu formula,berselang dgn susu ibu. Bila dh clear sy bg susu ibu sepenuhnya.
Baca lagisaya bagi anak susu badan + susu formula (karihome susu kambing) baby masa hari ke 2 (13.5) ni dah hari ke 12 dah nk stabil (7.1) x da la trus hilang.. tpi setiap kali checkp ad la penurunan.. kene makesure baby hari2 ad berak n warna kuning + mak ad bg baby mandi sirap 😅 n elakkan baby panas+berpeluh sebelum check kuning... supaya darah x panas.. kalau darah panas, bacaan kuning akan tinggi.. tu pengalaman sy laa ,😅
Baca lagiAnak saya kuning tinggi. Sampai dr minta warded hari kedua lahir bacaan bilirubin 200. Tapi 10 hari shj kuning anak dah tak ada. Anak lelaki, Tips saya, jaga pemakanan. Ibu elak makan makanan yg panas dulu, cth lada hitam kunyit etc. Waktu berpantang saya kerap mkn anggur hitam, sawi putih, lobak putih. Susukan anak dgn kerap, 2 jam sekali siang. Anak kuning mmg suka tidur, kena bagi juga susu. Susu ibu je ubatnya.
Baca lagisaya nyusu badan syukur kuning anak dah mula turun..mula check kuning (168) check kali kedua naik sikit je (169)check kali ketiga turun sikit dah(156), check kali ke empat jauh turun kuning anak(135),harap check lagi nnti harap lagi turun lah kuning anak..aminnn...🤲😊cuba sis kerap kan bgi nyusu badan insyaallah kuning bby boleh turun..sis nyusu badan ke nyusu botol..
Baca lagilagi satu jngn bgi bby kerap tdo waktu siang..kuning ank boleh naik balik..jngn bgi anak tdo smpi 4jam kalau boleh kjut anak main pipi dia,kacau anak tido..mcm saya,saya kacau anak tdo..bangun sekjp je nyusu..lpas tu tdo balik tapi syukur lah kuning anak boleh turun..
Sye guna ni, dia mcm uncang tea. 1 pkt ade 2uncang. 1 pagi 1 ptg. Rebus 15minit mcm tu, mandikan baby dengan ni sambil selawat. Boleh dapatkan dekat kedai ubat cina. Ikhtiar selain menyusu 2jam, sebab baby jaundice ni suka tidur. Risau tak susu pun tapi lebih kepada ngempeng.
Macam saya ketiga2 anak lelaki memang semua ada kuning dlm masa kurang 14 hari dah bebas kuning. Saya gunakan set jaundis dari tasneem naturel. Memang berhasil menurunkan kuning dengan pantas. Nak dapatkan set jaundis ni boleh wasap saya di www.wasap.my/601121121987
Sama.. saya guna set kuning tasneem. Sangat bagus.
Little girl's mummy