Breast Pump

First time mom. Saya tgh survey BP. Mana lebih berbaloi ye? Wearable handsfree atau jenis corong? Saya breast jenis kecil sahaja. Kena pakai insert juga. Yang mana boleh saya beli dulu untuk bawa ke hospital nanti? Saya masih belum beli. Apa beza antara dua dua tu ye? #31weeks

8 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Bila nak pilih breast pump (BP) untuk pertama kali, memang banyak benda nak dipertimbangkan. Untuk wearable handsfree dan jenis corong, masing-masing ada kelebihan tersendiri. Wearable handsfree BP ni agak mudah sebab boleh pakai dalam baju dan masih boleh buat kerja lain. Ia juga lebih senyap dan taklah mengganggu suasana. Sesuai untuk ibu yang aktif dan perlukan fleksibiliti. Tapi biasanya, harganya lebih mahal dan mungkin kurang powerful berbanding jenis corong. Jenis corong pula biasanya lebih kuat sedutannya dan lebih sesuai kalau nak pam dengan masa yang lebih pendek. Ramai juga yang berpendapat jenis ini lebih efektif untuk mengosongkan payudara. Jenis corong ni juga lebih murah berbanding wearable handsfree. Cuma, ia agak besar dan perlu duduk diam semasa pam. Untuk payudara kecil dan perlu insert, kedua-dua jenis boleh dipakai asalkan saiz corongnya sesuai. Banyak pam susu sekarang datang dengan pelbagai saiz corong atau insert tambahan. Jadi, pastikan beli yang sesuai dengan saiz payudara supaya lebih selesa dan efisyen. Kalau nak bawa ke hospital nanti, saya cadangkan bawa yang jenis corong dulu kerana biasanya lebih kuat dan boleh bantu cepatkan pengeluaran susu awal selepas bersalin. Untuk pilihan yang baik, anda boleh cuba lihat pam susu ibu di pautan berikut: [Pam Susu Ibu](https://invl.io/cll785h). Selamat memilih dan semoga semuanya berjalan lancar nanti! https://invl.io/cll7hzz

Baca lagi

ramai dah bagi suggestions kat atas. saya ada jenis corong dan handsfree. sebenarnya kalau guna corong boleh je jadikan as handsfree asalkan cara letak betul. both bp ok je. yang main peranan adalah saiz corong/cup. pastikan beli yang bersesuaian dengan saiz nipple sebab kalau saiz tak sesuai suction tak kuat mana. tetap keluar susu tapi rasa breast tak kosong. pemilihan saiz tu yg penting. jenis corong atau handsfree terpulang pada sis. tgk mana yg lebih memudahkan sis terutamanya kalau bekerja. ikut pengalaman saya, tak ada nurse yg bising kalau bawa bp. masa bersalin anak kedua lepas je lahir terus kena masuk nicu. jadi nak tak nak kena juga marmet atau pam susu utk bagi baby. lepas bersalin tu takda rangsangan pada breast/nipple jdnya susu pun keluar sikit² je. nurse bg pinjam bp hospital utk pam. lepas tu baru banyak susu keluar. nak marmet atau pam masa awal bersalin tak jadi masalah. memang ramai yg kata pam susu awal nanti susu cepat kering. tapi kalau tahu cara nak maintain dan tambah production susu tak jadi masalah.

Baca lagi

Kalau sis kerja better invest beli wearable sbb best bergerak ke mana2. Saya ada both corong & handsfree. Tp corong as backup. Handsfree ni mudah sgt nk urus esp part basuh & penyimpanan sbb part dia sikit je, nk bawa ke hospital pun senang just in case. Saya bersalin swasta pun mudah bawak tp tak guna pun sbb anak takda kena tahan ward & LC dtg ward buat session menyusu anak. Kt gov mcm ada baca nurse tak bg pun bawa BP. Seeloknya marmet je sis lepas bersalin tu tp mcm saya marmet tak keluar apa malah sakit gile terseksa mental rasa. Terketap2 bibir ni time marmet. CL bantu pun tak menjadi nangis2 saya hahaha. Kalau betul sis nk beli BP sis dah 36w better sis sewa dulu or pergi kedai POTG ke test dulu pump mana yg ngam dgn sis sbb bp ni pun ikut kesesuaian breast kita juga cos dia affect yield tu. Or if sis nk beli yg murah dulu pun boleh yg manual tapi kena sabar sikit time pump tu.

Baca lagi
TapFluencer

Untuk pengeluaran susu pada bulan pertama kelahiran, tidak perlu breast pump sebab boleh ganggu pengeluaran susu dgn baik. Direct breastfeeding dgn betul, marmet dgn betul dan milk collector adalah perkara yg penting dlm usaha menyusukan anak dgn susu ibu. Jadi, beli breast pump selepas sebulan kelahiran, time tu pun puting payudara dah bertukar size. Beli di kedai breast pump yg boleh cuba breast pump sampai puas hati macam kedai Pump on the Go.

Baca lagi
VIP Member

Saya ada 2 jenis , corong dan wearable punya . Corong best tp wearable ni bagus kalau tengah kerja ke ape ke boleh pam. Corong kene duduk setempat. 2. Guna corong boleh rasa breast betul2 clear , ringan. Yang wearable mula2 okay tp tetap boleh rasa ade lagi susu (mungkin atas badan) sbb dah tukar suction pon tetap sama . Pilih ikut keperluan awak ya. Kalau bekerja, boleh ambil yg wearable punya .

Baca lagi
TapFluencer

dkt atas semua dah bagi pandangan. saya pulak nak bagi pandangan saya. better beli yg 2nd hand je. cari dkt carousell, banyak jenis. so bila tak sesuai dgn kita, at least takdela terbeban sangat kalau beli yg new. mcm saya, saya suka jenis corong sbb lebih bagi kosongkan breast, saya suka guna brand boboduck 😬

Baca lagi
8mo ago

Drpd beli second baik sewa je dulu sampai jumpa yg nice. Second hand pun harga keras 😊

Saya ada yg handsfree dan corong. Tapi lebih mudah pakai handsfree sebab sambil urus kerja pun boleh pump.. Kadang tgh pump, anak merengek, jadi boleh laa nk dukung anak jgk. Kalau corong kena pegang jee mase pump..

kalau nak bawa ke hospital, sebaiknya tak perlu bawa pam. cukup marmet dan guna milk collector

8mo ago

Betul. Lepas beranak baru beli (jika perlu) Pergi ke kedai breastpump, Cuba hingga puas hati, baru beli.

pendapat I la , beli yg wireless tu cari yg harga berpatutan