Breast Pump
First time mom. Saya tgh survey BP. Mana lebih berbaloi ye? Wearable handsfree atau jenis corong? Saya breast jenis kecil sahaja. Kena pakai insert juga. Yang mana boleh saya beli dulu untuk bawa ke hospital nanti? Saya masih belum beli. Apa beza antara dua dua tu ye? #31weeks

ramai dah bagi suggestions kat atas. saya ada jenis corong dan handsfree. sebenarnya kalau guna corong boleh je jadikan as handsfree asalkan cara letak betul. both bp ok je. yang main peranan adalah saiz corong/cup. pastikan beli yang bersesuaian dengan saiz nipple sebab kalau saiz tak sesuai suction tak kuat mana. tetap keluar susu tapi rasa breast tak kosong. pemilihan saiz tu yg penting. jenis corong atau handsfree terpulang pada sis. tgk mana yg lebih memudahkan sis terutamanya kalau bekerja. ikut pengalaman saya, tak ada nurse yg bising kalau bawa bp. masa bersalin anak kedua lepas je lahir terus kena masuk nicu. jadi nak tak nak kena juga marmet atau pam susu utk bagi baby. lepas bersalin tu takda rangsangan pada breast/nipple jdnya susu pun keluar sikit² je. nurse bg pinjam bp hospital utk pam. lepas tu baru banyak susu keluar. nak marmet atau pam masa awal bersalin tak jadi masalah. memang ramai yg kata pam susu awal nanti susu cepat kering. tapi kalau tahu cara nak maintain dan tambah production susu tak jadi masalah.
Baca lagi

