Pregnant dahulu baru kahwin

Doakan saya bersalin tepat atau lebih dari jangka ye semua ❤️ Saya kahwin lepas tahu 3bln pregnant . Setahu saya kalau bersalin lepas 6bln kahwin boleh letak nama anak berbin atau berbintikan bapanya . Kalau kurang tak boleh letak nama bapa 🥲 Doakan saya ye semua . Risau pulak dah masuk 8bln pregnant ni . Due date 22/7 😔

9 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

untuk yg ni, dlm page fb syed azmi ada mention. ada 2 option. klau dlm sijil lahir anak luar nikah, untuk yg beragama Islam, boleh letak bin atau binti tetapi letak 99 nama Allah sahaja tak semestinya Abdullah. abdul razak, abdul fattah pun boleh. kedua, sambung nama anak dgn ayah kandung tanpa bin atau binti. contoh maisarah kamarudin. yg beragama Islam, walaupun kawin kurg dri 6 bulan kandungan, tetap anak itu luar nikah. jangan lah nk bubuh bin binti semata2 nk tutup malu. klau anak dh besar, tp hukum hakam main langgar, tak ke dia susah di masa depan. contoh kawen tak guna wali hakim, prkahwinan anak xsah. tp dlm sijil lahir, JPN dh longgarkan dua keadaan di atas. Pn boleh pilih mana2 option nanti.

Baca lagi
3y ago

sama2. 😊

Jgn kerana nk tutup aib tapi nasab anak x terjaga. Walaupon nikah tapi anak yg dikandung tetap dikira anak luar nikah. X kesah la bawah 6 bulan ke ape. Jgn la continue zina utk anak tu nanti bila dia nak nikah. Hukum agama jgn la dibuat main main. Sedih betul selalu baca komen komen mcm ni. Mengandung sebelum nikah end up nk jugak berbin org nya walau tahu hukum nya pon x boleh. Dunia boleh la tipu. Akhirat nanti ummmm

Baca lagi
3y ago

Ya sis terima kasih atas komennya sy doakan sis dipermudahkan segala urusan 🤗

setahu saya, utk bersalin lepas 6 bulan tu pun bersetubuh yg selepas akad yg sah (mcm lahir tk cukup bulan). saya pun kurang arif tp puan kena dapatkan pendapat dr mahkamah atau mereka yg lebih arif. sy sertakan link utk bacaan lebih lanjut ya https://muftiwp.gov.my/artikel/bayan-linnas/736-bayan-linnas-siri-ke-106-isu-penamaan-bin-binti-abdullah-kepada-anak-tidak-sah-taraf-oleh-mahkamah-rayuan

Baca lagi
3y ago

Oh yeke sbb sy tnya jpn dia ckp boleh letak klau lahir lepas 6bln perkahwinan

saya pun mengandung dulu baru kawin. Allah je yang tau apa perasaan saya masa tu. saya dah buat macam² untuk gugurkan tapi Dia masih ada dalam rahim saya . sekarang saya rasa bersyukur yang saya bakal jumpa dengan Dia tak lama lagi . maafkan mak dengan bapak atas perkara yang tak mampu kami ungkapkan sayang 😢 .. doakan saya jugak yee #Due date 14/7

Baca lagi
3y ago

Semoga dipermudahkn segala urusan kita 🥰

bertaubat, mohon keampunan allah bagi yg islam,zina hukum berdosa besar, selagi tak mohon ampun allah, hidup tak berkat,anak yg kecil tu tak berdosa, mak bapa dia yg berdosa buat zina,lepas anak lahir, didik la dengan elok,mohon sgt2

3y ago

Terima kasih komennya sis insya'allah 😊

Tempat saya, Lahir 6 bulan dh ke atas boleh letak nama bapa, bawah 6 bulan takboleh. Kalau ank awk laki alhamdulillah, kalau girl benda takpayah. Letak je 99 nama Allah. Nanti susah dia nak kahwin.

3y ago

Ya sis kt tempat sy pun sama . Insya'allah keluar boyboy . Cuma sy mntk doakan baby sy keluar bila dah sampai due date dia 😊

lagi 1 , Boleh je letak nama anak tanpa bin / binti. contohnya Hakim hakimi , Tiada bin , Letak nama anak shj. tp maklumat ade nama ayah & ibu, Bin binti tu tk letak pun tk apa.

3y ago

Terima kasih komennya semoga dipermudahkan segala urusan sis 😘

Semoga semuanya dipermudahkan.. jangan risau boleh bin atau berbintikan bapanya kalau lebih 6 bulan perkahwinan..ahli keluarga sya dah laluinya .. good luck sis.. ♥️

3y ago

Alhamdulillah semoga baby keluar lewat sikit hehe thankyou sis rasa semangat sikit ❤️

sama tarikh due date kita 🤗🤗

3y ago

Wah yeke 😍