PERKONGSIAN BERSAMA #COPYPASTE
Detail scan masa mengandung. Apa yang boleh detect dan apa yang tak boleh detect dari Detail Scan? Diantara 18-24 minggu, adalah waktu terbaik untuk melakukan detail scan. Tujuan detail scan ini dilakukan adalah untuk memastikan pembentukan struktur dan organ dalaman baby adalah normal. Namun ada beberapa limitation ujian ini. So kita tgk dulu apa yang kita boleh detect dari detail scan. 1. Kita boleh tgk organ2 dalaman seperti jantung, perut, usus, buah pinggang, otak dan struktur di dalam otak dan lain-lain. Pemerhatian ini hanya boleh dilakukan secara kasar. Bermakna apa yang boleh dilihat. Sebarang abnormality yang terlalu halus atau kecil mungkin tidak dapat dikesan contohnya lubang pada jantung yang kecil, mungkin tidak dapat dikesan sewaktu 20 minggu, tetapi apabila baby dah lebih besar, mungkin dikesan pada 30-32 minggu. Ya mungkin terjadi. 2. Detail scan juga dapat melihat struktur tulang-tulang utama. Tulang belakang, tulang pada tangan dan kaki, tulang pada tengkorak dan lain-lain. Kebiasaannya tulang yang abnormal seperti tulang yang bengkok, tulang yang terlalu pendek, tulang yang terlalu panjang atau kebocoran pada tulang belakang (spina bifida) dapat dikesan dengan mudah. 3. Detail scan juga boleh mengesan jika ada yang tak normal pada placenta/uri. Ada pelbagai masalah pada uri yang boleh menyebabkan masalah pada ibu dan juga baby selain kedudukan baby yang boleh dikesan dari scan biasa. Placenta lake, placenta fibrosis, placenta acreta, retroplacenta hemorrhage dan lain-lain. 4. Detail scan juga boleh mengesan ciri-ciri syndromic baby seperti jari-jari yang tidak normal, kaki yang berlipat senget (talipes), mata yang terlalu dekat, masalah pada jantung dan lain-lain. Namun ini dipanggil soft markers, berkemungkinan adalah syndormic baby, namun ujian pengesahan hanya dapat dilakukan dengan ujian amniocentesis. Ujian ini lebih berbahaya dan akan dilakukan oleh pakar MFM. Jadi ini adalah diantara penyakit atau abnormality yang boleh dikesan dari Ujian Detail Scan. Jom kita tengok pulak apa yang tidak boleh dikesan dari Detail scan. 1. Detail scan tidak boleh mengesan sebarang penyakit genetik yang tidak physical marker, kerana detail scan hanya melihat kepada struktur organ baby. 2. Detail scan tidak dapat mengesan abnormality yang terlalu kecil seperti masalah pada jantung, kebiasaannya hanya 60-70% masalah jantung dapat dikesan dari detail scan. Selebihnya mungkin dikesan selepas bersalin atau sewaktu baby dah hampir nak bersalin yang mana baby dah lebih besar. 3. Detail scan tidak dapat memastikan baby akan berkembang dengan normal. Maksudnya sebarang masalah kesihatan ibu seperti penyakit kencing manis atau darah tinggi, mungkin akan menyebabkan perkembangan baby yang tidak normal. Jadi sewaktu detail scan dilakukan mungkin akan nampak normal, tetapi disebabkan oleh maslah kesihatan ibu tersebut, baby tidak berkembang dengan sihat dan terjadi masalah selepas detail scan dilakukan. Pengambilan ubat yang tidak sesuai sewaktu mengandung juga boleh menyebabkan masalah pada perkembangan baby walaupun detail scan yang dilakukan pada awal 2nd trimester adalah normal. Contohnya dalah pengambilan ubat tahan sakit seperti Voltaren dan Ponstan pada trimester ketiga mungkin menyebabkan jantung berlubang pada baby. Jadi, sebaiknya fahami dulu apakah tujuan detail scan dilakukan, apa yang boleh dikesan dan apa yang tidak boleh dikesan dari Detail scan.