Parents, Jom Daftarkan Anak Di SuperDayCamp, Program Cuti Sekolah Yang Menyeronokkan di SuperPark Malaysia!

Cuti sekolah kembali lagi! Kebanyakkan parents yang sibuk pasti akan memberikan ruang untuk anak bermain dengan gajet pada waktu cuti sekolah, bukan? Jika tidak pun, mungkin anak-anak akan menghabiskan masa dengan terperap di rumah sahaja tanpa melakukan aktiviti yang memerlukan pergerakan tubuh yang aktif. Buat parents yang mempunyai anak berusia 4 hingga 10 tahun, apa kata daftar mereka ke SuperDayCamp di bawah kelolaan Superpark sempena cuti sekolah ini?  Superpark yang merupakan taman aktiviti indoor berasal dari Finland memperkenalkan program cuti sekolah selama 1-3 hari yang penuh dengan keseronokan. Aktiviti yang akan dipandu oleh jurulatih Superpark ini bukan sahaja menggalakkan aktiviti kecergasan, kebolehan sosial-kognitif dan kerja berpasukan, malah anak-anak juga berpeluang mendapat kawan baru! Pengarah Perilaku Pusat Autisme dan ahli terapi Analisis Terapi Gunaan terlatih, Charlene Marie Samuel berkata,  "Masa bermain aktif adalah penting untuk pembangunan keseluruhan kanak-kanak terutamanya semasa awal tahun tumbesaran mereka. Ia membolehkan mereka mempelajari kemahiran penting seperti menyelesaikan masalah, bekerja dalam pasukan, menolak sempadan, dan menyesuaikan diri dengan persekitaran baru - semuanya akan sangat berguna apabila mereka meningkat dewasa." Sekiranya berminat, pilih sahaja sama ada untuk menyertai kem sehari atau 3 hari sepanjang hari Isnin-Rabu dari 25 November 2019 hingga 18 Disember 2019. Program akan bermula 9:00 pagi hingga 3:30 petang. Harga tiket: Kem 1-hari RM179.10 RM199 Kem 3 Hari RM449.10 RM499 (Oh ya, dapatkan diskaun 10% sekiranya parents beli tiket SuperDayCamp sebelum 15 November!) Semua peserta SuperDayCamp akan menerima: -Sijil yang diiktiraf oleh Pendidikan Finland) -Makan tengah hari (pilihan vegetarian disediakan) -Paket Selamat Datang (SuperPark Branded Merchandises) -T-shirt Kem Edisi Terhad -Akses Hari Penuh ke SuperPark Malaysia selepas sesi kem Untuk maklumat lanjut mengenai SuperDark Malaysia SuperDayCamp, sila lawati laman web SuperPark Malaysia di - https://www.superpark.com.my/super-day-camp/

Parents, Jom Daftarkan Anak Di SuperDayCamp, Program Cuti Sekolah Yang Menyeronokkan di SuperPark Malaysia!
3 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Nmpk menarik ni! Nasib ank kecik lg 😅😅