Kongsi kewangan waktu pregnant

Curious dengan family lain, if korang dan suami ada income yang hampir sama, korang share 50-50 ke untuk semua bil hospital, checkup, barang newborn, atau suami korang contribute lebih sebab kita yang pregnant? Sekarang ni, saya pergi check-up klinik sendiri, dan suami cuma teman untuk scan yang "penting" je. Saya la yang penat drive ulang-alik hospital, saya jugak yang rasa semua perubahan dan simptom kehamilan ni. Bukan nak mengeluh, cuma nak tahu macam mana sacrifies korang pregnant, bawak perut sana-sini, morning sickness etc tu terbalas? Boleh pakai ke mentaliti "saya 9 bulan pregnant, awak support lah kewangan".

35 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Kena tahu beza nafkah wajib dan kehendak. Kesilapan isteri bekerja, dia ambil tanggungjawab suami yg menafkahi isteri dan anak. Bil hospital (perubatan/rawatan) Check up (perubatan /rawatan) Barang newborn (pakaian) Kalau ikutkan, semua di atas suatu keperluan untuk isteri dan anak, suami yg tanggungjawab menafkahi. Bagi saya, penat kehamilan ni tak terbalas dgn kewangan. Jika dibalas dgn kewangan, tak cukup punya. Saya setuju yg ada komen perkara yg puan tanya ni kena duduk bincang bersama dgn suami. Telus, jujur. Saya bekerja juga semasa hamil. Kebanyakannya suami yg support. Saya dah pesan sebelum nikah beza keperluan dan kehendak. Apa nafkah wajib. Apa yg tidak. Apa yg saya perlu claim dgn dia bila dah guna duit sendiri. Duit pakej urut selepas bersalin selama 3 hari pun guna duit saya. Sebab semua tu kehendak. Bukan keperluan. Sekarang saya dah tak kerja. Kalau jajan2, saya tak claim dgn dia. Haha. Kadang craving itu ini nak makan cheesekut bagai. Yg bekerja nak bantu suami atas ihsan masing-masing. Kena ikhlas, jangan ungkit di lain hari.

Baca lagi