Which one is better?

Checkup swasta bersalin kerajaan atau checkup kerajaan bersalin di swasta? Suami dilemma..?? Mohon pendapat yg mmbina dr yg da melalui nya

23 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Saya sume saya tekan sebab first time mother. But my own experience, public hospital is way details. Macam2 derang tanye. Anta saya ke dieticians, anta saya ke dentist and very concern. Saya suke. Cuma saya pegi awal pagi, jam 7 tercegat je lagi kt depan klinik ibu Dan anak. Pullak tuh, lepas beranak, nurse akan datang ke rumah selama 14 hari berturut turut untuk check keadaan ibu Dan anak. Dahla free😬. I’ve done my monthly checkup in private hospital as well. Deliver pun kt private. I like my gynae. Selalu monitor diet saya jugak sebab saya GDM mase pregnant. Cuma private nih, camtu la. Sediakan duit ajela. Sekali checkup mau 200 plus...itu belum kire vitamin yg awak kene ambil. Mau 400😅 Itu jela- my own personal experience. Public ke private ke, same jer...public free private sila tebalkan poket anda.

Baca lagi

Swasta/kerajaan dua2 ok. Mcm saya checkup swasta dlm mase yg sama checkup kerajaan. Sebulan 2x checkup..cuma bila dah msuk kandungan 7 bulan saye dah xpegi checkup kerajaan sbb plan nk bersalin dkat swasta. Pengalaman saya checkup kerajaan mcm biasa check air kencing, hb, timbang berat, tekanan darah, minum air gula 14weeks, pastu langsung tak scan. Scan mase buka buku pink je kandungan 5weeks. Kalau dkat swasta saye checkup refer dgn pakar O&G. Check air kencing, timbang berat, tekanan darah, minum air gula kandungan 7 bulan, pastu setiap kali jumpa doc pakar mesti akan scan tgk keadaan baby ok ke x.

Baca lagi

Sy checkup dan brsalin kerajaan je. Checkup kerajaan, mmg kena byk brsbr lah.. Sb nak tunggu turn dan scan utk check basic 3x je (10w, 27w & 36w). Kalau puan bekerja dan ada kekangan masa, better g swasta utk checkup bby. Masa brsalin, ambik ward 1st class, nurse mmg baik², semua dorang dtg ke bilik nak hntr mknn/cek luka/bg ubat /lactation consultant/etc...yelah dah 1st class byr mhl2, mmg dorg kena serve patient baik2 😅. For me 1st class kerajaan pun ok. Tp semuanya bergantung pd puan dan suami.

Baca lagi

Pengalaman ms anak 1st checkup hosp swasta bsalin hosp kerajaan. Even ade appointment tp kena tgu lame gk sb doctor akn check detail. At least setengah jam ngadap doctor tp tgu pernah sampai 2 jam. Tapi sb dekat swasta kn so tunggu lame pon xd la kena bsesak 😀 Setiap kali checkup RM100+ mmg xkan lari. Check up & bsalin kerajaan pon ok je. Tp date xle pilih & akan bsesak sket. Tgu lame tu memang wajib even org xramai 😀

Baca lagi

Dua² ok.kalo hospital better pergi hospital yg ada byk pakar.kalo swasta pula kalo ad kes yg dorang xboleh handle depa akn rujuk kes kita ke doktor pakar kerajaan juga.1st class kt hospital krjaan pn ok juga.kena mohon awal sbb sll full.hospital kerajaan pn ada layanan mcm hospital swasta. Tp 1st clss je.cuma ramai je xtahu.bayaran pn xsama.cuma murah skit dr hospital swasta

Baca lagi

Depends pada kewangan.kadang bersalin swasta kalau bernasib baik takde sebarang masalah harga tak la mahal mana.tp kalau tak bernasib baik ada masalah harga boleh macam² tu😅 kerajaan pula takde la teruk mne bersalinnye.murah pun murah.setakat mulut nurse/doc biasa la.tp bayaran 10× murah dari swasta dan dpt jimat banyak.jd pilihan ditangan anda

Baca lagi
5y ago

Air gula kakak sy g swasta pun minum juga.takde beza pun

VIP Member

Checkup swasta you can pick any day or date. Plus kena bayar. Swasta check tak detail macam kerajaan. Kalau kerajaan date hari semua nurse akan bagi. Kalau tak dapat datang kena inform. Utk kerajaan semua free even ubat. Dua2 ada pros and cons dia. Atas kita nak pilih yg mana. Asalkan anak dalam kandungan sihat ☺️

Baca lagi

Semuanya terpulang pada bajet puan dan suami. Kalau bajet lebih, boleh checkup swasta dan bersalin swasta. Swasta ni yg bagusnya dia checkup baby details dr segala aspek. Tetapi tak berapa details utk ibu. Biasanya hanya akan check tekanan darah dan berat saja. Jarang check urine, minum air gula semua.

Baca lagi
5y ago

Wah bagusnya. Tmpt saya mmg dia check tekanan darah dan berat saja. Jdnya saya akan pergi dua2. Kk dan swasta

Saya nak masuk anak ke 5..semua chekup kerajaan n bersalin kat kerajaan..ok je..kalau ada masalah time nak bersalin atau selepas bersalin..diorang akan hantar kita ke hospital yg ada pakar..x semestinya hospital kerajaan x ok..cuma dr segi keselesan tu kot yg menyebabkan org suka pilih swasta..

Saya bwk check up dua2. Bersalin swasta. Ikot pilihan. Jika ada insuran yg boleh di claim, utk lebih selesa, ada duit lebih, pilihla swasta. Ada hospital swasta yg ada promosi atau pakej. Tp perlu sediakan duit utk lebihan jika ada perkara2 yg emergency.