PENYELESAIAN BUAT YANG BELUM ADA ZURIAT

Cara penyelesaian : Pergi ke klinik swasta kesuburan. Contohnya, Sunfert Fertily Clinic, KPJ, Columbia Asia dan klinik specialist lain. Ini kerana doktor pakar kesuburan akan diagnose anda dan pasangan secara menyeluruh dan memberikan ubat yang sesuai dengan keadaan individu pesakit. Kamu juga akan dipantau secara menyeluruh di rumah dan apa-apa soalan boleh chat mereka. Saya dan isteri 3 tahun baru dapat zuriat. Kami berubat di Sunfert Fertily baru 3 bulan (Dec 2019 - Mac 2020) dengan 2 kali perjumpaan. Bayaran pun tak sampai RM400 untuk 1 sesi dengan scan, periksa semua & ubat-ubatan. 2 kali appointment dengan izin Tuhan akhirnya berjaya juga kami mendapat zuriat. Banyakkan berdoa. Tuhan sudah tunjukkan jalan kita kena berusaha. Elakkan : Perubatan tradisional sekiranya tiada bukti kukuh penyebab tiada zuriat perlukan perubatan tradisional. Produk-produk online yang claim dapat membantu anda mendapatkan zuriat. Ada sesetengah produk bukan dibuat dari makmal. Mereka bukan pakar tetapi cuma pengusaha produk. Petua-petua dari website. Sebabnya, tiada bukti saintifik untuk keberkesanannya. Akhir kata, semoga berjaya. Kami semua doakan anda.

2 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

👍