WAJIB bayar FIDYAH jika tak sempat ganti puasa Ramadhan yang lalu

Cara Betul Untuk Buat Kiraan Jumlah Fidyah Yang Perlu Dibayar Pasti masih ada antara kita umat Islam diluar sana yang masih belum menggantikan puasa lepas dan puasa lalu yang pernah ditinggalkan. Tahukah anda bahawa puasa bulan Ramadhan adalah wajib, jika kita tinggalkannya, wajib untuk diganti pada hari bulan lain sebelum Ramadhan akan datang tiba. Jika kita gagal menggantikan puasa lalu yang ditinggalkan selepas Ramadhan baru tiba, kita wajib membayar Fidyah. Bagaimana handak kira jumlah Fidyah kita? jom kita baca. Dalam tahun 2017 Masihi bersamaan 1438 - 1439 Hijriah. Secupak beras = 675 gram (RM1.80). Satu gantang bagdad = 2.7kg. MENJELANG bulan puasa, satu perkara yang selalu menjadi kemusykilan kaum wanita adalah kiraan fidyah kerana tidak sempat menggantikan puasa. Bagi yang ragu-ragu tentang perkara ini berikut di kongsi penjelasan cara kiraan fidyah yang diambil dari Facebook Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Tapi sebelum itu baca juga penjelasan mengenai fidyah untuk pengetahuan kita. Fidyah Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada’) bulan Ramadhan. Hukum fidyah Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan. Prosedur membayar Fidyah Perkiraan dan bayaran fidyah boleh dibuat di Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri-negeri atau pejabat zakat negeri. Kadar bayaran fidyah berubah mengikut harga yang ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu tempat. Pengiraan kadar fidyah berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk). Beras fidyah tersebut hendaklah diagihkan kepada fakir atau miskin. Sebab-sebab dikenakan fidyah 1. Uzur menunaikan puasa wajib. Terdiri daripada golongan yang menghidapi sakit kuat dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh, atau golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali. Contoh : Haji Karim pengidap Diabetes yang menjalani dialysis sepanjang Ramadan tidak mampu menunaikan puasa. Maka, fidyahnya dikira sebaik habis Ramadan tersebut pada kadar : Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar fidyah pada tahun tersebut. 30 hari X RM1.80 = RM54.00 2. Perempuan hamil. Dengan syarat dibimbangi akan keselamatan ke atas bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini dikenakan membayar fidyah dan juga menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan. Contoh : Puan Maria tidak mampu berpuasa selama 10 hari pada bulan Ramadan kerana mengalami alahan teruk semasa mengandungkan bayinya. Keadaan bayi adalah sihat, Cuma kesihatan beliau yang terganggu. Hanya setelah 3 tahun barulah Puan Maria dapat menggantikan puasa tersebut. Bilangan hari tidak berpuasa X (Tahun gandaan) X Kadar fidyah(cupak) 10 hari X (3 Tahun – 1 Tahun) X RM1.80 = RM36.00 (FIDYAH) 3. Ibu yang menyusukan Anak. Dengan syarat ibu yang merasa bimbang akan memudaratkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu. Maka baginya menggantikan puasa yang ditinggalkan serta membayar fidyah. Contoh : Puan Hani mempunyai bayi yang baru berusia 3 bulan dan menyusu penuh. Sepanjang bulan Ramadan, beliau tidak mampu berpuasa selama 15 hari kerana kekurangan susu. Beliau hanya mampu menggantikan puasa ini selepas 2 tahun. Fidyah yang dikenakan ke atas Puan Hani sebaik sahaja habis Ramadan pada tahun itu ialah : Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar fidyah pada tahun tersebut. 15 hari X RM1.80 = RM27.00 Fidyah yang dikenakan kepada Puan Hani kerana lewat menggantikan puasa ialah : Bilangan hari tidak berpuasa X (Tahun gandaan) X Kadar fidyah(cupak) 4. Orang yang telah meninggal dunia. Hutang puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan sebelum pembahagian pusaka dibuat. Puan Rahmah ialah seorang warga emas yang telah terlantar sakit bertahun-tahun dan tidak mampu berpuasa di bulan Ramadan. Pada 13 Ramadan beliau telah meninggal dunia. Maka, fidyah beliau dikira : Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar fidyah pada tahun tersebut. 13 hari X RM1.80 = RM23.40 5. Melambatkan Ganti Puasa (Qada’). Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadhan), dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan. Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan. Contoh : En Jamal telah tidak mampu berpuasa selama 3 hari di dalam bulan Ramadan kerana corak pekerjaannya yang berat. Beliau hanya menggantikan puasanya selepas 10 tahun. Maka fidyah yang dikenakan ke atas beliau ialah : Bilangan hari tidak berpuasa X (Tahun gandaan) X Kadar fidyah(cupak) 3 hari X (10 Tahun – 1 Tahun) X RM1.80 = RM48.60 (FIDYAH) Taksiran fidyah (Hari yang ditinggalkan) X (Tahun gandaan) X (1 Cupak) = Fidyah. Kadar bayaran fidyah Kadar bayaran fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan ialah satu cupak beras yang boleh dibuat zakat fitrah (1/4 gantang Baghdad). Dalam bentuk nilaian, berdasarkan kepada kadar yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sehingga tahun 1435H, secupak beras bersamaan dengan 567.5 gram dinilai dengan kadar RM1.80. Contoh: Jika seseorang meninggalkan puasa selama 3 hari dan tidak menggantikan puasanya sehingga 3 kali bulan Ramadhan, maka kadar fidyahnya ialah: RM1.80 (1 cupak) X 3 hari X 3 tahun = RM16.20 *Jumlah hari puasa yang wajib di qada tetap 3 hari sahaja. Hanya bayaran fidyah sahaja digandakan. Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada semua. Nota: Kiraan fidyah di Selangor adalah tidak berganda walaupun melangkau tahun *Perlu diingat, walaupun sudah membayar fidyah, puasa tetap kena ganti, wajib.. Boleh ke link berikut: https://www.zakatselangor.com.my/kalkulator-fidyah/…

WAJIB bayar FIDYAH jika tak sempat ganti puasa Ramadhan yang lalu
1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

😃😃😃😃😃😃😃😃