PENTING KE BUKU PINK?

BUKU PINK IBU MENGANDUNG Hari tu di klinik, ada seorang ibu muda 22tahun datang dengan mak dan anak kecilnya umur 1 tahun setengah. Dia nak buka buku pink (buku ibu mengandung). Bila tanya, tarikh last period tak ingat. Dalam november atau disember TAHUN LEPAS? Bermaksud kalau ikut kiraan, kandungannya dah masuk 8 ke 9 bulan! Baru nak buka buku pink! Suami busy kerja. Mak busy berniaga. "Keluarga kami memang takda apa-apa masalah atau penyakit." Mungkin atas dasar itu ibu muda ini ambil ringan dan berlengah-lengah untuk booking (buka buku mengandung). . SEBENARNYA, PENTING SANGAT KE BUKU PINK TU? 1. Buku pink ni ada profile dan #masalah_kesihatan ibu mengandung, siap dengan sejarah penyakit keluarga si ibu. Dari situ kita boleh screen siapa yang berisiko untuk dapat kencing manis, darah tinggi, dll. . 2. Dalam buku pink juga kita akan rekod #sejarah_kelahiran terdahulu. Ni kandungan ke berapa? Pernah keguguran? Pernah cser? Berapa kali? Anak semua berapa kilo berat? Ada komplikasi sepanjang mengandung/ketika bersalin? . 3. Bila buka buku pink kita akan ambik #darah. Dari situ kita boleh detect adakah ibu kekurangan Hemoglobin, atau ada jangkitan penyakit yang boleh bahayakan bayi dalam kandungan. . 4. Kita juga buat #pemeriksaan ibu dan rekod dalam buku pink. Ada ibu yang sebelum mengandung takda apa-apa sakit. Tapi lepas Dr periksa rupanya thyroid bengkak, ada ketulan payudara, ada jantung bocor dan sebagainya. . 5. Masa mula-mula buka buku, kita akan buat #scan: -ada #berapa kantung/baby? 1,2,3,4? Kalau lebih dari 1, berapa kantung berapa uri? -pastikan #kedudukan/posisi kandungan (adakah dalam atau luar rahim? ) -ukur #saiz janin & tentukan tarikh #due_date (adakah tally tarikh due date based on period VS scan) -nampak #jantung baby tak? Atau takda heartbeat? -detect ada tak sebarang #abnormality e.g. cyst, fibroid dan sebagainya yang boleh mengganggu/menjejaskan kandungan . 6. Dalam buku pink kita akan dokumenkan #progress kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan secara berkala. Ada masalah tak sepanjang checkup. Ada yang mula-mula OK, tapi masuk trimester kedua atau ketiga mula dapat Hb rendah, kencing manis, bayi kecil, pertumbuhan bayi terbantut dll. . 7. Oh ya, jangan lupa sentiasa rekodkan tarikh hari pertama #period terakhir untuk mudahkan kiraan minggu kehamilan dan due date kandungan? Buka buku pink nanti misi akan tanya❤️ Jangan curi tarikh ya? . Ni hanya sebahagian dari kegunaan dan kepentingan buku pink ibu mengandung. Ia ibarat IC yang perlu ibu bawa ke mana-mana, in case apa-apa kecemasan berlaku, buku pink ni akan jadi rujukan penting untuk Dr. Berbalik kes ibu muda tadi. Bila scan dia, average ukuran kandungan dah 32 minggu = 8 bulan. Tanpa pernah scan langsung sebelum ni, takda ambil sebarang vitamin sepanjang mengandung, dan tak ingat tarikh last period. Bayangkan kalau kandungan dia sebenarnya dah 36 minggu, tapi saiz baru 32 minggu. 1. Bayi dia mungkin kecil dari usia atau mungkin juga ada masalah pertumbuhan terbantut. 2. Disebabkan kita tak tahu usia kandungan sebenar, tarikh due date boleh lari. Kita mungkin akan biar kandungannya melangkau usia lebih 42minggu (disebabkan due date yang tak tepat). Kajian menunjukkan lepas 40minggu, kadar kelahiran stillbirth (lahir mati) meningkat secara mendadak. Nauzhubillah. 3. Komplikasi lain late booking termasuk masalah kesihatan ibu yang tidak didiagnos dan dirawat awal (seperti kencing manis, anaemia, darah tinggi, jantung, dll) hingga menyebabkan komplikasi pada bayi seperti bayi cacat/meninggal dalam perut atau lebih teruk, ibu sendiri yang kehilangan nyawa. BILA NAK BUAT BUKU PINK? Selalunya kebanyakan KK akan suggest buka buku pink antara 8-12 minggu usia kandungan. Tapi suggestion saya, once UPT positive dalam 5-6 minggu kandungan, boleh scan dulu untuk pastikan posisi kandungan, sebab makin banyak kandungan luar rahim yang datang hospital dah pecah sebab tak detect awal. Kalau KK ramai patients, boleh scan di klinik swasta bagi yang mampu? . Apapun, tiada niat untuk menakutkan atau menyalahkan mana-mana pihak. Cuma nak bagi kesedaran untuk ibu ayah yang mungkin belum faham pentingnya rekod kesihatan ibu mengandung atau "buku pink" ni? So take it seriously ya. Semoga semua ibu dan kandungan sihat-sihat belaka? Dari @ Kisah Klinik Dr Hana

4 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

👍👍👍 trima kasih info

👍🏻👍🏻👍🏻

VIP Member

Good info 👍👍

VIP Member

👍