Makan Folic Acid je

Boleh tak kalau kita makan folic acid sahaja? Pil2 yang lain tak makan?

16 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
Expert

Salam sejahtera, untuk makluman anda biasanya hanya pil folic asid yang dibekalkan pada awal kehamilan. Namun, apabila kandungan semakin membesar dan berkembang, lebih banyak zat dan nutrient lain yang diperlukan, oleh itu anda juga akan dibekalkan dengan pil yang mengandungi zat besi dan vitamin-vitamin lain. Selain itu, anda juga perlu minum susu bagi mendapatkan kalsium yang cukup untuk anda dan bayi di samping makan makanan yang seimbang. Anda boleh layari www.DoctorOnCall.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sebarang masalah kesihatan atau bercakap dengan doktor bertauliah secara atas talian. Terima kasih.

Baca lagi