ibu yg tersangat stress
Boleh sesapa bantu tak mcm mana lg cara nak tambah susu bdn..sy dah nak masuk dua bulan bersalin tp susu bdn still kurang..org sekeliling sllu suruh pam utk buat stok..tp kalau sy pam, baby nak hisap direct dah xde..mcm2 milkbooster dah try tp tetap sama..stress bila org asyik suruh bg susu bdn..sbb skrang sy campur susu bdn ngan formula..???

Ini yg saya pernah tuliskan haritu. The topup trap. Biasanya ibu yg kurang bersedia dgn ilmu berkaitan breastfeeding bila masuk seminggu 2 bf, selalu rasa anaknya sentiasa lapar sebab sekejap2 nak susu, sekejap2 nak susu jadi mereka mula rasa susu badan mereka sikit. Lalu mulalah lepas susukan secara df, mereka topup 1oz lagi fm pula. Bila topup, usus baby jadi terlalu penuh maka baby akan tidur lama. Yaa ibu2 nipun akan terus rasa 'hmm betullah susu aku tak cukup'. Sedangkan itu tak benar. Baby tu tidur lama bukan sebab kenyang tapi PENAT. Badan dia perlu sgt byk tenaga nak hadam ssmuanya jdi baby tidur lama sebab penat menghadam, kita yg dewasa nipun, kalau sekali makan banyak2 ada rasa ngantuk2 kan lepas tu? Bayangkanlah baby yg usus dia baru je belajar2 menghadam, enzim penghadaman pun baru kenal erti mencerna je 😅 Berbalik kepada asas, perut baby baru lahir cuma sebesar buah ceri. Kecik saja. Sebab tu mereka minum sikit pun kadang dh terlena. Tapi kerana susu ibu ni tak ada bahan campuran luar dan gula kompleks maka susu ibu sangat cepat dihadam. Bila dah hadam mestila lapo balik, ye dak? Milkbooster terbaik sebenarnya ialah hisapan dari baby. Lagi banyak dia hisap, lagi banyak susu ibu terhasil. Itu sebab bila topup ni, ada ibu2 beritahu yg masuk je 2-3 bulan susu badan pun kering. Keringlah sebab kurang demand dari anak, tambah bila mula kerja, jadual pam ke laut china selatan. Makin banyak faktor menyebabkan susu drop dan akhirnya kering. Jadi, dari awal2 lagi, sejak anak dalam perut lagi seharusnya kita bersedia dgn info2 bf andai kita mmg berniat nak bf. Ada yg semangat nak bf sangat2 smpai habis semua benda bf dia prepare, pam lah, bf pillow la, breastpad la TAPIIIIII lupa cari ilmu bf, akhirnya kecewa sendiri. Janganlah gitu huhu. Kita mampu menjadi ibu2 yg lebih berilmu 😊 #fatienbftips
Baca lagi




