Persiapan ke Hospital
boleh mummy mummy share tak keperluan barangan untuk ke hospital? berapa weeks ye nak kena prepare?
Sy hari tu start prepare masa 32w lagi. Tup2 37w bersalin. Bawak yg penting je. Kalau bersalin normal, kena admit dlm 1-2 je kalau tak ada complication apa2. Kalau kena czer, stay dlm 3-4 hari mcm tu. Senang, puan buat 2 bag utk baby dan ibu. Sediakan set baju sekali dgn booties dan mittens (topi nak letak sekali pun boleh) dan pampers letak dlm 1 pack plastik. Sebab nanti nurse akan mintak baju baby lepas bersalin. So nanti boleh terus bagi kat nurse je pack tu. Bag baby 1. Baju dan seluar 2. Mitten dan booties 3. Selimut/kain bedung baby 4. Wet tissue 5. Pampers 6. Barut (ni terpulang. Sy tak bawak pun. Lepas bawak balik baby baru sy pakaikan) Bag ibu 1. Baju dan seluar/kain. Sy prefer seluar jenis palazo daripada kain 2. Tuala mandi 3. Set toiletries. 4. Disposable panties 5. Maternity pad / menstrual pad. Yg ni terpulang puan selesa nak pakai yg mana. Sy senang pakai pad biasa yg jenis night safe. 6. Stokin tebal 7. Nursing bra
Baca lagi