Boleh Ke PKPP Ni Suami Teman Dalam Labour Room Di Hospital Kerajaan?

Boleh Ke PKPP Ni Suami Teman Dalam Labour Room Di Hospital Kerajaan?

26 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Patutnya hospital kerajaan bagi la kelonggaran yg sepatutnya.. Ikut tempat la. Kalau di negeri-negeri yg banyak kes aktif Covid-19 ada kluster aktif macam negeri-negeri di utara semenanjung (terutama Kedah), dan negeri Sabah, memang patutlah suami tak dibenarkan temankan isteri semasa dalam wad, disebabkan keadaan semasa. Tapi kalau negeri-negeri yang tak terjejas dengan kes aktif Covid-19 pun tak diberi kelonggaran, rasanya tak patut. Ibu-ibu bersalin pun ada hak kemanusiaan yang perlu dipertimbangkan.

Baca lagi

Tgk hospital jugak.. Mcm sy aritu bersalin kt hospital selayang 15/4 nurse plak tanya mn suami? Sy ckp pegi daftar la lepas tu dia tggu bawah.. Nurse tanya balik knp x naik boleh masuk ni.. Hahaha.. Mmg xda rezeki.. Suami naik semua dh selesai.. Mungkin masa tu awal pg sblm subuh, org xda.. Nurse n doktor pun bg la masuk.. Ikut budi bicara doktor dgn nurse jugak kot..

Baca lagi

Sy hosp shah alm. Langsung tk boleh. Suami tunggu luar je smpai kesudah. Nk iqamat pun nurse bawak anak jumpa suami. Check out la baru jumpa suami tu pun kt reception depan sbb nk suruh tolak balik rumah. Dah la anak first sakit contraction sakit beranak sakit lepas bsalin smua sorg ☹️ 😭

Xbleh sis, sebab sy baru besalin bulan 7 tuu first baby lagi mmg suami xble masuk dlm labour room, hantar barang pun semua melalui security , anak umur seminggu baru dapat azan sebab kena tahan dlm wad harap2 laa diberi kelongaraan utk next mom to be

sy bersalin bulan 7 at selayang suami tak boleh teman dlm LB...tapi boleh anta brg smpai ke wad dlm 15 minit..haa masa tu lah mtk suami settlekan apa ptut...lain² mmg uruskan sndri wlpn xlarat n rse sakit...

Saya pn check2 sis kot2 time pkpp ni suami blh teman ke x. Stakat ni sy check haptl shah alam dgn klang dua2 suami xblh teman. Dah lah anak first. Harap kerajaan bg lah kelongaran sikit

Klu dkt sabah sni,xboleh.. sblum brsalin pun,dlm wad hsband xboleh lawat.. bwkkan mkanan pun pakguard yg tlg hantarkan dgn kita😩.. kena kuat sis.. semoga dpermudahkan..

4y ago

ye kn..sy tuhri msuk hospital keningau tuhari pn sma..nnti bln 10 nk bersalin pn doktor ckp suami mmg x blh teman

sy bersalin di hosp klang, memang x boleh teman. nak msuk melawat pn x boleh. sepanjang admit smpai bersalin xjumpa suami lgsung, sedih nya tu selalu je bergenang mata.

4y ago

nak tanya, okay tak hospital klang sis ? sy pun bakal bersalin kat situ, in shaa Allah. risau n sedih juga bila dapat tahu suami tak boleh teman🥺🥺

kat hsa takboleh. tapi pengalaman saya better dgn bidan dan nurse je sbb dorang baik baik je.. kalau ada suami rasanya memang kena marah je la suami tu 😅

Alhamdulillah Sya kene admit dkt hospital slyg pada 24/9/20.Suami boleh teman dlm labour room,tapi klau dlm wad suami tak boleh teman .