Buku Pink di klinik swasta

Boleh ke kita buka buku pink di klinik swasta tapi monthly check up di kerajaan.. sbb saya call KKIA x angkat2 utk book appointment.. suami pula x banyak cuti.. tapi dia excited kali pertama nak ikut buat buku pink

9 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

skrg da berapa minggu? walk in je kkia yang terdekat dulu.. biasa nurse busy utk jawab call..nanti dia akan bagi tarikh appointment untuk buka buku.. sebab nak buka buku pink ni lama.. separuh hari kat situ..

Saya pun mcm tu call tak angkat.. walk in je cakap nk book tarikh appointment.. mcm saya pergi walk in terus dia buka buku pink on the spot sbb saya dh masuk 10w & kebetulan takde patient sgt dkt klinik..

Boleh. Nanti awak akan ada dua buku pink. Satu KKIA, satu swasta. Selalunya buku tersebut akan dikepilkan sekali. Nanti cuba walk in juga. Ada sesetengah KKIA walk in untuk appointment. Awak area mana?

11mo ago

KKIA cuma akan tulis report dalam buku pink mereka. Buku swasta yang awak ada tu nanti sebagai rujukan je.

saya pon sama. last2 saya walk in je. dia set appointment lagi tiga minggu. time tu Insha-Allah dah 11 minggu. tapi masih dalam range timing patut buka buku. so okay lah.

Sy kol pon xangkat..sy terus pergi klinik jumpa nurse..tny bila boleh buat buku pink..nurse tny tarikh last period pastu dia bagi tarikh utk buat buku pink lagi 2 minggu..

lebih baik walk in, hari tu pun saya walk in tapi nnti nurse akn bagi tarikh untuk buka buku pink mengikut berapa minggu kehamilan kita, sllu dlm 8minggu ke atas

Kalau tak angkat boleh walk in untuk dapatkan appointment. Nanti dorang bagi tarikh yang sesuai untuk buka buku 🌼

Terima kasih yg jawabkann.. saya dah walk in ke KKIA.. dia dah bg hari yg boleh dtg utk bukak buku pink..

Call lagi dari semasa ke semasa Puan. Call sampai dapat. ☺️