Maksud Nama Bayi
Boleh ke kita bagi nama kat baby kita yang tiada maksud sebab saya dah buntu letak nama apa. Nama gabungan saya dan suami tapi tiada maksud. Boleh ke?

Rasulullah Ubah Nama Sahabat ===== 1. Kajian moden mendapati bahawa nama mempunyai pengaruh terhadap seseorang sehingga memberikan kesan terhadap fizikal individu tersebut. 2. Dapatan ini mengingatkan kita bagaimana Rasulullah pernah mengubah nama para sahabat yang pada asalnya memberikan maksud yang kurang sesuai, lalu Nabi mengubahnya kepada nama yang lebih baik. Antaranya: (a) Saidina Sahl bin Sa'd al-Sa'idi yang nama asalnya ialah Hazn (sedih/susah), lalu Rasulullah ubah namanya kepada Sahl (senang). (b) Saidatina Jamilah binti Thabit al-Ansariyyah. Menurut Ibn al-Athir, nama asal beliau adalah ʿĀṣiyah (عاصية) (penentang-pelaku maksiat), lalu Rasulullah ubahnya kepada Jamilah (cantik). (c) Saidina Zaid al-Khair. Pada zaman Jahiliah, beliau lebih dikenali sebagai Zaid al-Khail (pemilik kuda). Apabila tiba di Madinah, Rasulullah mengubah namanya kepada Zaid al-Khair (yang memiliki kebaikan). (d) Begitu juga dengan Saidina al-Hasan, cucu Baginda Nabi. Menurut Ibn al-Athir, Saidina Ali ingin menamakannya sebagai Harb lalu Baginda mencadangkan agar dinamakan al-Hasan. 3. Nama bukan sekadar panggilan, ia merupakan doa yang baik buat seseorang. Rasulullah pernah memuji Bani Ghifar melalui nama mereka: غِفَارُ غَفَرَ اللَّهُ لَهَا، وَأَسْلَمُ سَالَمَهَا اللَّهُ "(Bani) Ghifar, mudah-mudahan Allah mengampunkan mereka, dan Bani Aslam, mudah-mudahan Allah memberikan kesejahteraan kepada mereka. (HR Muslim) 4. Bukan sekadar nama orang, nama tempat juga diubah oleh Nabi bagi memberikan maksud yang baik. Madinah yang asalnya dikenali sebagai Yathrib diubah kepada Taybah atau Madinah al-Munawwarah. Begitu juga bumi 'Afrah ditukar kepada Khadirah (yang menghijau). 5. Berilah nama yang baik dan panggillah sahabat kita dengan panggilan yang baik seperti mana yang dilakukan oleh Baginda Nabi. Semoga Allah membimbing kita. Dr. Ahmad Sanusi Azmi https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
Baca lagi

