Maksud Nama Bayi
Boleh ke kita bagi nama kat baby kita yang tiada maksud sebab saya dah buntu letak nama apa. Nama gabungan saya dan suami tapi tiada maksud. Boleh ke?
Rasulullah Ubah Nama Sahabat ===== 1. Kajian moden mendapati bahawa nama mempunyai pengaruh terhadap seseorang sehingga memberikan kesan terhadap fizikal individu tersebut. 2. Dapatan ini mengingatkan kita bagaimana Rasulullah pernah mengubah nama para sahabat yang pada asalnya memberikan maksud yang kurang sesuai, lalu Nabi mengubahnya kepada nama yang lebih baik. Antaranya: (a) Saidina Sahl bin Sa'd al-Sa'idi yang nama asalnya ialah Hazn (sedih/susah), lalu Rasulullah ubah namanya kepada Sahl (senang). (b) Saidatina Jamilah binti Thabit al-Ansariyyah. Menurut Ibn al-Athir, nama asal beliau adalah ʿĀṣiyah (عاصية) (penentang-pelaku maksiat), lalu Rasulullah ubahnya kepada Jamilah (cantik). (c) Saidina Zaid al-Khair. Pada zaman Jahiliah, beliau lebih dikenali sebagai Zaid al-Khail (pemilik kuda). Apabila tiba di Madinah, Rasulullah mengubah namanya kepada Zaid al-Khair (yang memiliki kebaikan). (d) Begitu juga dengan Saidina al-Hasan, cucu Baginda Nabi. Menurut Ibn al-Athir, Saidina Ali ingin menamakannya sebagai Harb lalu Baginda mencadangkan agar dinamakan al-Hasan. 3. Nama bukan sekadar panggilan, ia merupakan doa yang baik buat seseorang. Rasulullah pernah memuji Bani Ghifar melalui nama mereka: غِفَارُ غَفَرَ اللَّهُ لَهَا، وَأَسْلَمُ سَالَمَهَا اللَّهُ "(Bani) Ghifar, mudah-mudahan Allah mengampunkan mereka, dan Bani Aslam, mudah-mudahan Allah memberikan kesejahteraan kepada mereka. (HR Muslim) 4. Bukan sekadar nama orang, nama tempat juga diubah oleh Nabi bagi memberikan maksud yang baik. Madinah yang asalnya dikenali sebagai Yathrib diubah kepada Taybah atau Madinah al-Munawwarah. Begitu juga bumi 'Afrah ditukar kepada Khadirah (yang menghijau). 5. Berilah nama yang baik dan panggillah sahabat kita dengan panggilan yang baik seperti mana yang dilakukan oleh Baginda Nabi. Semoga Allah membimbing kita. Dr. Ahmad Sanusi Azmi https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
Baca lagini pndpt yg mak sy dpt dari ustaz masa mak sy lahirkan sy , sbb nama sy campuran mak dan ayah sy . lps lahir asyik meragam je, bila besar jadi baran, suka berontak , naik hangin xtntu psl .. bila brubat, ustaz tu kata kalau boleh jgn letak nama gabungan suami isteri , anak jd 'panas' . sbbkan nama tu , sy jd x tntu hala , smpai bila sekolah pun , nama sy tu ditukar nama lain sementara nk brubat . kwn2 , cikgu pggil nama lain , smpaikan buku2 latihan, buku teks sy tulis nama lain stlh dpt keizinan dari pihak skolah . so , carilah nama ada maksud yg baik , simple pun tkpe . sbb sy sendiri sbg anak dah merasainya
Baca lagipunya la byk nama yg maksud baik, nk jugak bagi nama merapu. kalau islam letak nama rasul ada 25 tu ha, perempuan letak nama isteri/anak/sahabat rasulullah saw. apa yg buntu pun taktahu la, ikut trend sangat nama pelik2. saya ni mengajar, pelajar yg nama pelik2 tu la yg bermasalah, sakit mental dan sebagainya, mungkin sebab dari kecik dah dipanggil dengan nama yg takda maksud baik.
Baca lagiitulah yg sy alami bila mak ayah ltk nama merapu . jd x tntu hala smpai kena berubat . btul kata awak , sebaiknya letak la nama yg baik
Better ada maksud, sebab nama tu disebut setiap masa, dengan nama . Dgn nama kita boleh doa, dengan nama kita ingat Allah, dengan nama kita selawat ke atas Nabi, dengan nama kita teringat kisah orang baik. Contoh nama yg baik ; Muhammad, bila kita panggil anak kita Muhammad, kita ingat Nabi dengan berselawat ke atas Nabi. Insya ada ganjarkan pahala bila kita berselawat.
Baca lagidaripada ikut trend gabung-gabung nama yg takda maksud ni, lebih baik bagi nama yang ada maksud yang baik-baik. sebab nama tu nak guna sampai lahh dekat akhirat nanti sis. Macam saya ni nama kedua saya takda maksud, dok tertanya jugak ni apa benda laahh yg mak bapak aku dulu fikir time nak letak nama dulu🫠
Baca lagimase sye kecik sye selalu nak taw maksud nama Saya...tp xde dlm buku mmbe2 sye Bawa time sekolah rendah..kawan2 sye semua ade.. MCM name kawan sye nur husnina.. cahaya kecantikan.. Nurul atiqah.. afifah..... Jadi Bila ade Anak Ni sye carik n sye bg nama yg ade maksud ... cume ambil huruf depan sye dan suami.. sye N suami Z...
Baca lagisama la sy pun selalu nak tahu. pastu kalau mengaji alquran sampai part ada nama sy rasa happyyyy je bangga org sebut2
sebagai seorang muslim, kita disarankan memberikan anak dengan nama2 yang baik, bermksud kerana nama itu akan kita sebut dan menjadi doa juga.“Sesungguhnya kamu akan dipanggil pada hari Kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu,maka perelokkanlah nama-nama kamu.” (Hadits riwayat Abu Daud dan Ahmad
Baca lagisusah² kalo lelaki pilih je mana² nama nabi ataw dr 99 nama allah, kalo perempuan pilih je dr alquran yg mcm fatihah ke, nisa ke, mak bapak ni je yg mengada² nk bg glamer nama anak tu yg smpi bjela² jdnya, pdhl bg simple² pn bole je xda kemudaratan & jd masalah pn insyaallah
Baca lagiBoleh je sis. Ikut suka awak nak letak apa pun. Tapi digalakkan letak nama yg ada maksud. Disarankan islam lah. Tak suka nama arab? Letak nama melayu. Tak suka nama melayu? Letak la nama latin ke greek ke janji maksudnya baik2. Asalkan jgn letak nama yg maksud takbaik la ataupun yg bertentangan agama
Baca lagitanak laa ckp pasal agama ..tp bagos letak name yg ada maksod sebab nanti kt akhirat senang ..bia maksud yg baekbaek je ..Sy pon berkenan sgt name3 bunga ..saya gabungkan je skli yg ada maksod baekbaek ..tp terpulang pada ibu klo dah berkenan name mcm tu ..